Malah, ia ekoran keputusan kerajaan untuk melindungi nilai harga gula mentah yang terlalu tinggi - keadaan yang mendorong kepada situasi itu, katanya.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan patut berhenti memberikan alasan tidak logik seperti berkaitan kencing manis dan kehidupan seks untuk menghalalkan langkah itu.
Sebaliknya, tambah Pua (kiri) kerajaan harus menyiasat dan mengambil melaksanakan langkah pembetulan.
Merujuk kepada perjanjian pada 2012, Pua berkata, jika kerajaan tidak melindungi nilai harga mentah gula pada kadar AS$26 untuk 100 pounds dalam masa tiga tahun, ia tidak perlu pun membayar subsidi untuk mengekalkan harga rendah.
Ini kerana kadar pasaran antarabangsa gula mentah hari ini sebanyak AS$18.91 untuk 100lbs, 24 peratus lebih rendah daripada harga yang dibayar Malaysia hasil rundingan perjanjian gula mentah.
Ini bermaksud lebihan bayaran RM194 juga secara purata setahun.
"Alasan sebesar rakyat 'menikmati' gula yang mahal kerana kerajaan menandatangani perjanjian mengimport gula mentah pada harga terlalu tinggi," katanya.
"Jika kita membayar pada harga pasaran antarabangsa untuk gula mentah sebanyak AS$18.91, bukan hanya kerajaan tidak perlu membayar subsidi, malah harga gula kita akan lebih rendah daripada RM2.84/kg hari ini."
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
Salam sdr,
Izinkan saya membuat pembetulan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Tony Pua mengenai harga gula.
Harap sdr sudi untuk membaca perincian yang telah saya tuliskan dalam blog saya.
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/11/memahami-kontrak-niaga-hadapan-komoditi.html
November 1, 2013 at 7:28 AM
Post a Comment