Berkenaan kenyataan KBS pada tahun lalu bahawa ia tidak membelanjakan RM1.6 juta berkenaan, Khairy menjelaskan bahawa KBS sebenarnya terpaksa menanggung jumlah itu selepas syarikat swasta yang berjanji mahu membayar kos konsert berkenaan gagal membuat pembayaran.
“Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai – memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.
“Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012,” katanya di sini hari ini.
Menurut Khairy, walaupun perkara itu berlaku ketika beliau belum mengetuai kementerian berkenaan, namun atas prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility, maka beliau memilih untuk menjelaskan dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian itu.
Untuk rekod, Menteri yang bertanggungjawab ketika isu konsert K-pop berkenaan adalah Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Tambah Khairy, tidak akan ada lagi sebarang konsert K-pop sempena sambutan Hari Belia bermula tahun ini.
Dalam pada itu, mengenai kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia di mana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, beliau berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun menjalankan siasatan dan ia telah sampai peringkat terakhir.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment