Hari ini berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan yang mana kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah RM1,600,000 (RM1.6 Juta) yang diklasifkasikan sebagai perbelanjaan yang tinggi dan tidak berhemat oleh Ketua Audit Negara. Dalam erti kata lain membazir.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 kali ini menutup terus alasan dan penafian oleh Kementerian Belia dan Sukan lebih setahun yang lalu :
KUALA LUMPUR 1 Jun – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menggunakan wang kerajaan untuk membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya.
Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn. Bhd. (Stadium First) berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.
“Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian.
“Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.
Sumber : Utusan Malaysia
Penjawat awam dan kakitangan awam serta agensi-agensi yang berkaitan dinasihatkan supaya berjimat cermat (SEPERTI DI LAPORAN INI), tetapi malangnya pemimpin atasan seringkali tidak menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada orang bawah.
Daripada memberikan kepada artis KPOP adalah lebih baik diberikan ruang peluang kepada artis tempatan. Jikalau lebih baik lagi, dengan perbelanjaan besar sebegitu menaja kalangan rakyat Malaysia belajar di luar negara. Sekurang-kurang-kurangnya apabila pulang kelak dapat menyumbang kepada negara. Apa kata anda pula?
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment