ONEXOX
BannerFans.com

Keluar dari M’sia: Pelawaan Isma disambut baik

on Thursday, October 17, 2013

KUCHING: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) telah menyeru masyarakat Kristian Malaysia untuk menerima keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh mingguan Katolik The Herald.

Katanya, mereka sentiasa boleh mempertimbangkan berhijrah jika tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Pelawaan Isma disambut baik oleh rata-rata penduduk Sabah dan Sarawak yang ingin menyatakan hasrat untuk keluar dari Persekutuan Malaysia yang diluahkan dalam Facebook mereka.



“Itu yang sebaiknya. Keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Suruh Isma buat kertas cadangan. Hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Harry Nelson J. Seliang.

Daniel Aishiteru pula berkata,”Malaysia- bawah Thailand, atas Singapura manakala Sabah & Sarawak dalam pulau Borneo.Jauh panggang dari api bah….memang kita layak keluar. Jangan tunggu lagi…”

“Peluang sudah Isma bagi. Sabah Sarawak bantah isu kalimah Allah, keluar Malaysia. Kita tak payah sain sain surat tak susah payah gaduh mulut. Bagus lah idea Isma bagi nih,” ujar Philip Harry Son

Beberapa orang tidak merasakan, Malaysia tidak bermakna sudah bagi mereka.

“Saya di Borneo bukan di Malaya. Saya tidak mahu bah Malaya,” ujar Collin Ontak

Gafpelz Blizt Ridexz pula berkata, “Kita bantah perkauman… Mereka semua nak keluarkan kita jadi teruskan… Lebih cepat lebih bagus.. Tak payah nak peduli bah. .Tolong keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia….Kami sedia utk keluar!”





Eva Claude menambah, “Siapa tahu Tuhan sedang bagi jalan sama Sabah Sarawak keluar Malaysia,”
Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman  (gambar) berkata, sebagai rakyat Malaysia, orang Kristian mesti menerima ketuanan Islam di negara ini.

“Mereka boleh memilih untuk bergerak ke mana-mana negara lain jika mereka tidak dapat menerima ketuanan Islam dan royalti yang melindungi ketuanan agama,” ujar Abdullah Zaik Abd Rahman dalam satu kenyataan kelmarin

Sebelum ini Najib telah menandatangani sepuluh perkara di mana membenarkan penduduk Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam Alkitab (Bible) bahasa Indonesia, Malaysia serta bahasa pribumi Iban, Kadazan Dusun dan Lun Bawang

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

se elok nya sarawak dikeluarkan dari malaysia, semua hasil bumi sarawak di bolot oleh taib mamut dan kroni....x untung pun ada sarawak....lepas ni org sarawak gi mintak duit kat taib mamut k..


October 17, 2013 at 10:04 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved