Dalam tempoh itu, Muhammad Shah Abdullah, 35, turut diuji dengan kehilangan isteri tercinta, Normaliza Mustafa, 34, hampir dua bulan akibat tekanan perasaan dan kemurungan sebelum ditemui semula Selasa lalu.
Episod sedih kehidupan juruelektrik itu bermula apabila dia, isteri dan lima anak mereka Nordiana Shafiza, 10; Muhammad Shariz Denial, 9; Muhammad Shafiz Denial, 8; Muhammad Aiman Denial, 2, dan anak bongsunya berusia tujuh bulan, Muhammad Alif Denial berkunjung ke ibu kota dari Johor Bahru kerana urusan menguruskan pertukaran nama bapa pada surat beranak tiga anak pertamanya.
Ini berikutan Nordiana, Shariz dan Shafiz berbin dan berbintikan Abdullah kerana Muhammad Shah sebelum itu tidak mempunyai kad pengenalan (MyKad) disebabkan dia dibesarkan di rumah anak yatim serta tidak pernah mengenali siapa ibu bapa dan keluarganya.
Bagi menyelesaikan masalah itu, dia membawa keluarganya ke ibu kota dan menjangkakan dapat menyelesaikan urusan berkenaan selewat-lewatnya dalam tempoh empat hari
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
saya kenal dgn dieorg ni....hmmm
penipu...
October 15, 2013 at 11:53 PM
Post a Comment