ONEXOX
BannerFans.com

Menteri mulut longkang dibacking: Nur Jazlan "Zahid Hamidi cuma melawak kata “Tiga Line” kawan"

on Tuesday, October 8, 2013

Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) mempertahankan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa Tiga Line sebagai “kawan” dalam satu majlis tertutup di Melaka pada hujung minggu lalu.

“Jenakanya disalah erti. Apa yang Ahmad Zahid maksudkan adalah kumpulan Melayu yang juga hadirin yang hadir pada majlis itu,” katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata beliau turut hadir ke majlis “Taklimat Keselamatan Bersama Penduduk Setempat” yang diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh pada Sabtu.



Dalam mempertahankan Ahmad Zahid, Nur Jazlan berkata selepas Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan “jenaka” itu, beliau mengambil pendirian tegas akan mengambil tindakan kepada semua ahli kongsi gelap.

“Saya ada di sana mendengar ucapan beliau dari mula hingga akhir. Apa yang disampaikan di Internet hanyalah cebisan daripada ucapan Ahmad Zahid,” katanya.

Katanya, antara mereka yang hadir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim dan Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ketiga-tiga mereka bertanding merebut jawatan Majlis Tertinggi Umno sementara Ahmad Zahid bertanding jawatan naib presiden.

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid seakan merestui perjalanan Tiga Line, satu di antara 49 pertubuhan haram yang didedahkan Menteri Dalam Negeri pada Ogos.

Beliau menggelar pertubuhan itu sebagai “rakan” dan membenarkan tindakan mereka.





Portal berita Malaysiakini berjaya mendapatkan rakaman sepanjang 20 minit ucapan Ahmad Zahid pada majlis itu yang dikatakan diperoleh daripada perwakilan Umno sendiri.

Ahmad Zahid pada mulanya menyatakan polis adalah buta warna dalam operasi mereka dan memberitahu telah menahan seramai 178,217 Melayu, 77,104 Cina, 73,505 berbangsa India dan 55,517 dari lain-lain kaum.

Beliau juga mendedahkan 28,000 daripada 40,000 ahli kumpulan itu berbangsa India dan tiada kesalahan jika menahan mereka.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved