ONEXOX
BannerFans.com

Rel lama ditemui dalam hutan Kolopilah

on Tuesday, October 8, 2013

KUALA PILAH - Seorang penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) teruja apabila menemui semula rel kereta api Kuala Pilah yang lama terkubur sejak 1909.

Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi berkata, dia terpaksa meredah Hutan Pelangai untuk mencari rel kereta api bagi menyiapkan penyelidikannya.

"Usaha saya tidak sia-sia apabila setelah seharian meredah hutan dan terserempak dengan seekor babi, akhirnya saya berjaya menemui sebahagian rel kereta api.
“Penemuan ini dapat melengkapkan penyelidikan saya tentang susur galur sejarah kereta api Kuala Pilah," katanya.



Tambah Mohd Rosli, dia mengambil cuti selama seminggu dalam usaha mencari rel lama itu dan banyak bertanya dengan orang di kawasan itu untuk mendapatkan maklumat.

“Saya diberitahu di sebelah kiri kawasan ini dahulunya landasan kereta api dan sebelah kanannya, sawah padi,” katanya.

Selama beberapa jam meredah hutan itu seorang diri, beliau berehat di sebatang pokok kundang untuk menghilang rasa letih.

"Saya mencari tempat redup untuk berehat. Saya ternampak sepohon pokok kundang dan berehat di bawahnya dan saya dapati saya duduk di atas rel kereta api yang selama ini saya cari.

“Saya sangat teruja kerana hasrat untuk mencari rel kereta api akhirnya berhasil namun saya terpaksa pulang kerana hari sudah lewat petang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rosli bersama rakannya, Shariffudin Abd Latif, 63, dan dua rakan medianya sekali lagi meredah hutan berkenaan untuk melihat secara terperinci rel kereta api  itu pada Jumaat lepas.





“Memandangkan kawasan itu agak jauh dari jalan utama, kami terpaksa meredah anak sungai dan melalui ladang kelapa sawit.

“Pada mulanya, saya kurang pasti laluan masuk ke hutan kerana sewaktu kali pertama dulu, saya ikut arah Kampung Gentam. Selepas mengamati secara terperinci, akhirnya saya berjaya menemui kawasan itu.

Kata Mohd Rosli, penyelidikan  yang dijalankan akhirnya ada bukti dan fakta tepat dan ia menambah keyakinan untuk berkongsi kewujudan rel kereta api itu kepada umum.

"Besi rel itu masih lagi kukuh dan padat walaupun usianya telah mencecah 104 tahun.

"Selain itu, turut dijumpai galang kereta api Kuala Pilah sekali gus mengukuhkan kedudukan sebenar rel kereta api di situ," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

ghaso-ghaso eh jalan Juaseh - Bahau tu asal eh jalan ketoapi lar tu... yo tak?... tu sobab eh jalan eh luruih...


October 8, 2013 at 7:18 PM
Unit Perkhidmatan PPP Pahang said...

arwah atok ngan onyang den bagi tahu jalan kretapi lalu dopan rumah...joseh ko bahau...kg den Kg Terusan..


October 8, 2013 at 10:05 PM
Anonymous said...

Atuk den koba pekan juasseh tu pun dulu ea lapangan terbang..kapal tobang tentera jopun maghin naik turun kek ctu gak


October 9, 2013 at 7:31 AM
Anonymous said...

Den pon da jalankan ujikaji den sdri..mmg ionyo wujud..jblu kto perhatikan jalan dari bgunan tu akan mjadi lurus kalu ikut tang colah pasar trus tembus kt jalan kg nk g bhau dan strusnya..yg pasal komen joseh jd airport tu den x heran sobab ex-sawah kek umah den ponah jd tompek helikopter chinook british angkut brgan n trunkan askar..blakang umah den rilek jo belambak trak askar omputih parking free..siap training skali tu..nie bdasarkan apo yg diceghitokan oleh arwah wan den n mak dan pak sdaro den yg idup zaman tu..


January 5, 2014 at 4:34 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved