Bagi yang bermotosikal terutamanya, sudah diberi peringatan agar jangan mengisi petrol ketika enjin motosikal masih lagi hidup, matikannya sebelum mula mengisi.
Di internet, kini tersebar rakaman video menunjukkan sebuah motosikal terbakar ketika mengisi minyak dipercayai kerana membiarkan enjin motosikalnya hidup.
Sebaik terbakar, beliau yang dihempap motosikalnya segera bertindak pantas menarik motosikalnya jauh dari pam minyak berkenaan bagi mengelakkan kebakaran lebih besar berlaku.
Jika api marak dan merebak ke pam, kemungkinan salah satu pam berkenaan akan meletup seterusnya akan menyebabkan kemusnahan besar dan kemungkinan mengakibatkan maut.
Jadi, apabila anda mengisi petrol di stesen minyak, ingat dan ikut amaran yang disediakan kerana ia dibuat untuk keselamatan anda juga.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment