Kejadian berlaku jam 4.30 petang apabila penjual surat khabar Kwok Aik Siew, 59, melalui jalan antara blok A dan B sebelum botol kicap itu mengenai kepalanya, menyebabkannya rebah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh orang awam dan menjalani pemeriksaan X-ray untuk melihat kesan kecederaan.
Katanya, mangsa setakat ini tidak sedarkan diri kerana dibius dan siasatan awal mendapati insiden itu kemalangan yang tidak disengajakan menyebabkan botol kicap itu dibaling ke arah mangsa.
“Sehingga kini tiada saksi tampil untuk menyatakan objek itu dibuang atau jatuh dari aras mana dan difahamkan, kejadian objek jatuh kerap berlaku di situ.
“Ketua Balai Polis Air Itam diarah mengatur pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Penduduk untuk mengenal pasti punca, sekali gus mengambil tindakan agar tidak berulang,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment