Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Nikah Dua Kali

on Monday, October 14, 2013

Dalam isu perkahwinan rahsia pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, satu perkara yang dipersoalkan oleh ramai pihak ialah status perkahwinannya selepas bernikah sebanyak dua kali.

Menurut Aeril, pernikahan kali pertama pada 25 Februari 2012 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya hanya memenuhi hukum syarak sahaja tanpa sebarang dokumen dan berwalikan bapa Wawa.



Pernikahan kedua pula ialah untuk memenuhi syarat undang-undang negara dan seterusnya mendafftarkan perkahwinan di jabatan agama masing-masing.

Bagi menjernihkan isu ini, sebuah video mengenai isu ini telah dimuatnaik di laman YouTube di mana Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan mengenainya.








Menurutnya, pernikahan itu adalah sah asalkan pasangan mematuhi hukum dan syarat sah yang ditetapkan Islam walaupun bernikah sehingga dua kali.

Apapun, anda tontonlah sendiri video ini supaya lebih jelas dan faham dengan penjelasan Ustaz Azhar mengenai isu ini daripada bertindak sebagai ustaz dan ustazah ‘wannabe’ di laman sosial.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved