VIDEO : Kejadian Rompak Kafe Siber Dengan Parang

on Friday, October 11, 2013

Satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian samun di kafe siber yang berlaku awal pagi tadi dimuatnaik ke laman Youtube hari ini.

Kejadian berlaku awal pagi tadi di kafe siber Red Sea di Setapak pada pukul 6 pagi.

Sejak dimuatnaik video samun itu sudah pun ditonton 8,629 kali.



Rompakan dilakukan dua suspek yang bersenjatakan parang panjang, memakai jaket dan topi keledar mengelakkan identiti mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Kalau dilihat dari cara berjalan perompak berkenaan seperti berusia awal 20-an dan masih remaja.





Sebaik kedua-dua suspek masuk ke dalam kafe siber berkenaan, suspek terus mengacukan parang ke arah penjaga kaunter dan mengarahkannya mengeluarkan semua wang yang ada di kaunter dan padanya.




Seorang lagi suspek memastikan para pelanggan di dalam kafe siber tidak menggangu kerja jenayah mereka.

Sebelum melarikan wang rompakan, suspek yang memegang parang sempat merompak beberapa orang pelanggan yang turut berada di dalam premis berkenaan.

Kejadian samun melibatkan kafe siber kerap sangat berlaku sejak akhir-akhir ini kerana waktu operasi mereka yang lama kadangkala sehingga 24 jam.

Dengan suasana kafe siber yang lengang kerana hanya ada beberapa pengunjung sahaja sedang melayari internet pada waktu awal pagi menjadikan ia sasaran untuk berlakunya jenayah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved