Menurut laman Facebook Lembaga Tabung Haji (LTH), semalam hujan lebat turun di Arafah namun ia adalah sesuatu yang biasa di padang pasir itu setiap kali berlakunya perubahan musim.
“Khemah yang terjejas lebih kurang 30 peratus sahaja. Cuaca panas dan terik akan mengeringkan khemah-khemah dan permaidani yang basah dan dijangkakan ia tidk menganggu persiapan menjelang hari wukuf,” menurut laman Facebook LTH.
Menurut LTH, pihaknya yakin pihak Muassasah yang menguruskan perjalanan jemaah haji cukup pengalaman dan bidang ini untuk memastikan segalanya bersedia dalam tempoh tiga hari menjelang hari Wuquf kelak.
Kerajaan Arab Saudi menetapkan Hari Wuquf ialah pada hari Isnin 14 Oktober 2013.
Sementara itu LTH memaklumkan dakwaan bahawa lapangan terbang dan sempadan Makkah ditutup ekoran ribut taufan adalah satu khabar angin yang tidak benar.
“Penutupan tersebut mengikuti jadual terakhir yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi kepada jemaah yang menggunakan visa haji pada musim iaitu semalam pada 9 Oktober,” katanya.
Kepada anda yang ingin mengikuti kemaskini dan maklumat terkini daripada Tanah Suci Makkah bolehlah mengikuti laman Facebook LTH di laman Official : Lembaga Tabung Haji.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment