ONEXOX
BannerFans.com

Benarkah wanita 9 nafsu 1 akal?

on Thursday, November 21, 2013

Soalan:
Saya pernah terdengar ada yang mengatakan bahawa perempuan mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Benarkah perkara itu? Adakah bersandarkan nas?

Jawapan:
Kata-kata bahawa wanita memiliki satu aqal dan Sembilan nafsu sering kedengaran. Ia telah dilihat dan diterima oleh masyarakat kita sebagai suatu yang benar. Jika ditanya dari manakah sumbernya, mereka akan menjawab dari alim ulama’. Setakat ini bagi saya ia bukan bersumberkan dari al-Quran dan al-Hadith



Ulasan
Kemungkinan Sembilan nafsu yang dimaksudkan ialah emosi wanita sesuai dengan fitrah Wanita yang diberi tugas biologi yang sangat berbeza berbanding lelaki. Wanita diberi tugas mengandung, menyusu, menjaga anak dan tugas-tugas lain. Perasaan dan emosi mempunyai nilai yang tinggi dan amat diperlukan sekali untuk mewujudkan kasih sayang, sedangkan akal mengalahkan perasaan dan kasih sayang. Selalunya apabila seorang bapa memarahi anaknya, si ibulah yang menenangkan keadaan dan memberikan belaian kasih sayang kepada si anak.





Manakala sebagai isteri ia wajib melayani dan taat kepada suaminya selagi ia tidak disuruh melakukan sesuatu yang berlawanan dengan syara’. Isteri juga berperanan sebagai tempat suami bermanja dan mengadu masalah.

Satu kelebihan yang patut dibanggakan oleh wanita dengan fitrah femininnya. Dari segi agamanya. Wanita tidak perlu solat dan puasa apabila haid dan nifas. Tidak wajib solat Jumaat, tidak wajib jemaah di surau atau masjid dan tidak wajib untuk ke medan jihad. Keringanan yang Allah beri ini bukanlah bermaksud wanita kurang pahala berbanding lelaki, tetapi ia merupakan satu rukhsah (keringanan) sesuai dengan kejadiannya sebagai teman kepada kaum lelaki. Tugas dan tanggungjawab wanita secara asasnya mengurus keluarga dan mendidik anak-anak.

Manakala kaum lelaki tanggungjawabnya melindungi keluarga, seperti memberi nafkah kepada anak dan isteri sama ada tempat tinggal, makan minum, pakaian, pendidikan dan aspek kesihatan keluarga. Oleh itu Islam telah meletakkan kaedah-kaedahnya yang lengkap tentang tugas dan tanggungjawab antara lelaki dan perempuan yang mana mereka saling bantu membantu dan lengkap melengkapi dalam kehidupan berkeluarga.  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bahawa perempuan itu adalah teman kepada lelaki.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved