“Saya mengesyaki ada yang tidak kena. Saya dan rakan terus bergegas memeriksanya, dan kami terkejut mendapati ia mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat,” kata Abd Kadir Hanapiah, 45, semalam.
Dalam kejadian jam 10.45 pagi kelmarin, Abd Kadir dan rakannya Ali Afandi Sa’at, 54, datang ke Sungai Tenglu Besar di Kampung Air Papan Tengah, di sini, untuk memancing sebelum menemui bayi berkenaan.
Pada masa sama, Abd Kadir berkata, dia turut yakin bayi berkenaan akan dibaham buaya jika dibiarkan begitu saja.
“Kami dapati dua buaya itu berada hampir mayat bayi dan apabila kami menghampiri, reptilia terbabit terus berpusing dan berlalu pergi,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 6 comments... read them below or add one }
Akal manusia semakin parah. Siapa yang patut dipersalahkan?
Sistem pendidikan? Ibubapa? Guru guru?
Begitu banyak kes yang seumpama ini kita dengar saban hari,
Kepada pihak yang berkenaan patut mengubah kearah yang lebih positif untuk menghindarkan gejala seumpama ini menjadi barah dalam intitusi kemanusiaan.
November 30, 2013 at 3:44 PM
Di akhirat nti ibu bayi pasti mncari anak yg malang ini kan...uishhh..sedih sgt..
November 30, 2013 at 4:45 PM
Kenapa profesion keguruan di salahkan dalam hal sebegini? Kenapa hanya detailkan 'guru' sahaja?
Disaat berjaya heboh menyatakan keluarga bagi support moral, tapi disaat tewas dgn dunia, jari mula dituding ke arah guru pula.
Profesion keguruan always dikritik.
Masih terfikir dan memikir. Peace yaw
November 30, 2013 at 5:45 PM
laksanakan hukum islam semua selamat...xpyh tuding jari mane2..letakkan islam tu diatas bru selamat dunia akhirat...itu yg utama...pikiaq sendiri la...
November 30, 2013 at 7:41 PM
jangan nak tunding jari pade sesape..guru, ibu bapa, masyarakat ..yang mula2 mesti salahkan diri sendiri.... makbapak, guru dan masyarakat sentiasa ajar benda yang baik
..
November 30, 2013 at 8:18 PM
buaya tu jg bayi tu...
December 1, 2013 at 6:11 AM
Post a Comment