ONEXOX
BannerFans.com

"Gambar Mini Cooper hadiah 5A untuk kenangan sekeluarga, bukan untuk menunjuk-nunjuk"

on Friday, November 15, 2013

Kota Bharu: “Suami saya hanya menunaikan janjinya kepada anak dan kebetulan kami mampu membelinya. Gambar itu dimuat naik di Facebook saya untuk kenangan keluarga dan tiada niat menunjuk-nunjuk.

“Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar dimuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan kepada anak. Suami akan bawa balik kereta lain, tetapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami,” kata Nor Aishah Mahmud, 31, ibu kepada Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila, 12, yang gambarnya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga menerima hadiah kereta mewah Mini Cooper S daripada ayahnya tersebar di laman sosial Facebook dan blog sejak kelmarin.



Menurut Nor Aishah, kereta mewah itu hadiah untuk kejayaan anaknya daripada suaminya Zukila Deraman, 36, yang juga peniaga ayam dan tidak bermaksud untuk mempamerkan kemewahan.





Katanya, dia tidak sangka gambar dimuat naik di Facebook itu menjadi perhatian.

Sementara itu, Siti Nur Fatini yang juga calon cemerlang UPSR dari Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1, dekat sini, berkata, pada awal tahun ini dia pernah memaklumkan kepada ayahnya yang dia meminati kereta itu, tetapi ayahnya hanya berdiam.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

takde salahnya pun..ternyata org malaysia ni mmg busybody jeles dan segala yg sewaktu dengannya..kenapa la sifat hasad dengki ni perlu ada..kenapa perlu mengata..ukur badan sendiri kalau tak mampu pada masa sekarang usaha lebih lagi semoga berjaya pada masa hadapan..


November 15, 2013 at 7:03 PM
Anonymous said...

kenapa bawa ke sekolah?? sbg ibu bapa..rasanya semua akan lakukan yg terbaik utk anak2..dan bagi saya ianya hanya utk supprise agar si anak tahu yg ibu bapanya benar2 ingin melihat dia berjaya dan terus berjaya pada masa hadapan..akan tetapi semuanya bergantung kpd kemampuan sendiri..setiap ibu bapa mempunyai cara mereka yg tersendiri..oleh itu hormatilah kerana itu hak mereka..


November 15, 2013 at 7:09 PM
Unknown said...

Hmmmmmm ...... Manusia2, putihkan la hati mu yg hitam tu iye. Dah namanye rezki masing2, jadi tak ade perlunye nk cemburu dan pukul canang ehk. Seriously takde maknanye oiiii .... Kan lebih afdal kalo munasabah diri sendiri.


November 15, 2013 at 10:58 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved