Presiden Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) Sharul Nizam Ab Rahim dalam satu surat semalam yang mengkritik tindakan tuan Abam Iyo yang dilihat berlebih-lebihan dalam menyayangi kucingnya sehingga memberi gelaran sama kepada manusia untuk kucingnya.
Tuan Abam Iyo yang dikenali sebagai Papa Hero dilihat menggelarkan kucing yang mati semalam sebagai arwah, jenazah serta turut mensedekahkan Al-Fatihah kepada kucing berkenaan serta ditanam di Tanah Perkuburan Islam berdekatan dengan kubur ibunya.
Penulis merujuk kepada pendakwah Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan kepada isu ini kerana bagi penulis jelas ada perbezaan darjat antara manusia dan haiwan yang telah diangkat oleh Allah S.W.T untuk membezakan kedua-dua makhluk itu.
Menurut Tuan Asmawi “Manusia dan haiwan adalah kedua-duanya makhluk Allah, namun manusia Allah muliakan darjat berbanding haiwan, justeru tidak boleh,” katanya kepada Mynewshub.my hari ini.
Setelah dikaji, penulis melihat budaya mengagung-agungkan haiwan selepas mati ini berasal daripada barat apabila mereka terlalu menyayangi haiwan peliharaan mereka sehingga sanggup membina kuburan dengan tanda jelas tempat haiwan itu ditanam selepas mati.
Di Malaysia juga, ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengebumian untuk haiwan peliharaan untuk kucing dan anjing sahaja melibatkan penyediaan keranda dan sebagainya dan jelas ia berasal dari barat.
Pada pendapat penulis, tak salah menyayangi kucing dengan sepenuhnya tetapi tidak perlulah sampai tahap memanggilnya dengan gelaran arwah, sedekahkan Al-Fatihah dan juga menggelarkan bangkainya sebagai jenazah kerana itu telah dikhaskan untuk manusia yang mana darjatnya lebih tinggi dari haiwan.
Mengikut amalan Islam, cukup hanya dengan menanam bangkai haiwan di dalam tanah daripada dibuang merata-rata tetapi tidaklah sampai dibalut dengan kain seakan kafan dan juga diletakkan tanda seakan kubur untuk diingati.
Di laman Facebook kucing Abam Iyo iaitu KakiMotong Fan Club, Sharul Nizam dikecam hebat ekoran tindakannya menegur perbuatan Papa Hero dan menuduhnya tidak memahami perasaan mereka yang membela kucing.
Apapun tindakannya, manusia sekarang dilihat jelas sudah terikut-ikut budaya dari barat bukan sahaja dalam bab menyayangi haiwan tetapi juga bab lain terutamanya dalam bab hiburan dan berfesyen.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 7 comments... read them below or add one }
Saya pun tandakan kubur kucing saya sebab kucing saya meninggalkan kenangan yg indah dalam hidup saya...hanya sebagai kenangan ...tak adalah menyamakan tarafnya dgn manusia..tapi sejujurnya...kucing2 ni yg lebih baik daripada manusia yg lebih binatang sifatnya atau senang kata sama macam iblis perangainya..kematiann org yg macam iblis ni sikit pun tak menimbulkan rasa sedih berbanding kematian kucing saya yang memang amat menyedihkan
November 25, 2013 at 5:36 AM
Saya rasa tak payah lah nak melatah atau tetiba nak jadi famous dengan menulis surat rasmi bagai...bagi saya org yg benar2 cintakan haiwan boleh dikenali melalui tindak tanduk dan kata2..tak perlu jadi presiden atau pengerusi bagai utk menyatakan cinta pd haiwan...bertindak ajalah menyelamatkan haiwan2 kucing dan anjing terbiar diluar sana.
November 25, 2013 at 5:41 AM
Saya pun pernah bersedih dgn kematian kucing saya...setia menemani setiap hari....bila mati saya kuburkan...sebagai tanda kenangan....tak dak pula niat nak tiru mana2 budaya
November 25, 2013 at 6:01 AM
Itulah..tetiba ada org nak tunjuk pandai...kalau pandai sangat agama...kalau ilmu penuh di dada...banyak lagi kes2 yg perlu ditangani spt kes syiah..takyah nak tunjuk pandai aka nak jadi femes
November 25, 2013 at 6:11 AM
Setuju
November 25, 2013 at 7:10 AM
Kita kalau berbicara, haruslah istighfar. Kemudian syahadah semula. Pandanglah kearah kiblat. Kemudian berfikir, kemudian berbicaralah..... Demikianlah andainya kita ini mengamalkan kehidupan Islam. Kemudian muzakarrah lah...... Janganlah dek emosi, lantas kita melatah, menyatakan fatwa bhw kita ini benar...... Kita tidak tahu, di kalam manakah luahan hati kita itu menyebabkan kita kafir tanpa sedar...... Alangkah ruginya manusia itu....... Matinya dlm kekufuran dek kerana emosi......
November 25, 2013 at 8:17 AM
kadang2 owg yg lebih pandai nie..rupenye lagi bodoh...
December 24, 2013 at 6:00 PM
Post a Comment