ONEXOX
BannerFans.com

Pegawai polis ‘malu’, foto tersebar di Internet

on Thursday, November 21, 2013

SEORANG anggota polis muda tidak terkata apa-apa dan hanya tersenyum apabila diberitahu tindakannya membantu seorang warga emas melintas jalan dirakamkan dan tersebar luas di Internet.

Gambar tersebut yang dipercayai dirakam oleh seorang pemandu tidak dikenali itu turut dimuatkan dalam laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Setakat tengah malam tadi, lebih 6,000 pemilik akaun Facebook telah menanda Like sebagai tanda sokongan dan pujian terhadap polis muda itu.





China Press menggambarkan polis yang dikenali sebagai Hezran berumur 22 tahun itu merupakan seorang anggota yang pemalu dan tidak dapat membiasakan diri dengan wartawan dan lensa kamera.

Hezran tidak menyangka tindakannya membantu seorang warga emas melintas jalan akan dirakam, malahan tersebar di alam maya.

Polis muda yang mana ibu dan bapanya juga berkhidmat dalam pasukan polis itu ternyata terkejut apabila diberitahu rakan sekerja bahawa terdapat wartawan yang ingin bertemu dengannya.





“Gambar itu dirakamkan pada bulan April dan saya tak sangka ia akan tersebar selepas enam bulan,” katanya kepada China Press.

Dalam pada itu, Malaysia Gazette mendapati ramai pengguna Internet yang terdiri daripada pelbagai kaum telah memberi pujian kepada Hezran dalam laman Facebook PDRM.

Sesetengah pengguna Facebook turut menyeru orang ramai berlaku adil kepada polis kerana terdapat ramai polis yang baik, walaupun imej mereka tercemar oleh segelintir kecil polis yang kurang amanah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Syukur. Masih ada polis yg berbudi bahasa mcm Hezran. Mmg tk dinafikan anak2 muda sekarang masih ramai lg yg ingat Allah dn solat. Alhamdulillah.


November 21, 2013 at 2:17 AM
Anonymous said...

Saya memang puji anggota polis Malaysia, bakti mereka tak pernah henti2 untuk masyarakat. Dalam hujan, panas terik...sentiasa bertugas dan berkhidmat untuk masyarakat...tak kisahlah samada terpaksa, dipaksa atau rela paksa. Tapi mereka sentiasa bertugas tanpa henti..syukur alhamdulillah...


November 21, 2013 at 4:58 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved