Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penubuhan unit itu adalah bertujuan untuk memantapkan lagi organisasi berkenaan yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal dan kesejahteraan masyarakat di negeri ini.
“Kita percaya, kewujudannya dapat memperkemaskan lagi sistem pentadbiran JKKK, sekali gus memudahkan mereka mengetengahkan pelbagai perkara membabitkan kepentingan masyarakat berikutan hanya perlu berurusan dengan satu pihak sahaja.
“Pada masa sama, unit di bawah kendalian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ini juga berfungsi memantau prestasi organisasi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, dekat sini, semalam.
Menurut Mohamad, selaras dengan kewujudannya, setiap JKKK diwajibkan membuat laporan bulanan untuk dikemukakan kepada unit berkenaan mulai tahun depan.
“Mereka tidak perlu lagi melaporkan sebarang masalah yang berlaku kepada Pegawai Daerah atau penolongnya seperti sebelum ini.
“Dengan cara ini, kita dapat memberi keutamaan kepada setiap perkara dibangkitkan mereka untuk perhatian dan tindakan sewajarnya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat beberapa pembaharuan dalam pelantikan Pengerusi dan Setiausaha JKKK yang berkuat kuasa tahun depan.
“Individu yang akan dilantik sebagai Pengerusi dan Setiausaha mestilah pemastautin tetap di sesebuah kawasan terbabit. Mereka perlu memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berusia tidak lebih 65 tahun.
“Selain itu, kita turut membuat penambahan pada ujian saringan diadakan, di mana setiap calon mestilah bersih daripada sebarang rekod jenayah syariah,” katanya yang menjelaskan sebelum ini calon hanya perlu menempuhi tiga proses saringan melibatkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
memang betul...KETUA KAMPUNG DAN JKKK tidak menjalankan kerja....makan gaji buta.....padahal dia pun org kg....kalau x percaya pergi tengok jalan kekebun mereka...nak masuk pun susah...inikan nak mengeluarkan hasil dari kebun....jalan teruk....sudahlah jalan berbukit
November 21, 2013 at 2:47 AM
Rumah den kek kampung lobih spuluh kali masuk pencurik. Rumah jiran tetanggo habih licin barang rumah kono kobeh hinggokan org naik takut nak duduk kek kampung. Apo sobab eh? Jkkk dan ketuo kampung tak berfungsi.. takdo inisiatif nak buek skim rondaan kampung. Bab duit pajak sawah dr peladang utk org kg yg terlibat dio heboh an.
November 21, 2013 at 2:55 AM
Post a Comment