ONEXOX
BannerFans.com

Jururawat mengaku berkhalwat dengan laki orang

on Wednesday, December 25, 2013

PASIR MAS - Seorang jururawat didenda RM2,000 oleh mahkamah syariah di sini, semalam, selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang pemandu lori, Oktober lalu.

Sarizana Saribudin, 37, yang masih berstatus isteri orang dan pasangannya, Abd Manan Aziz, 39, yang juga sudah berkahwin membuat pengakuanitu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkurung bersama-sama dalam keadaan yang mendatangkan syak kerana bukan suami isteri sah dan juga mahram di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam pada 29 Oktober lalu.

Sarizana didapati bersalah di bawah  Seksyen 9(2) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan, manakala Abd Manan didakwa di bawah Seksyen 9(1) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan.



Mengikut fakta kes, berdasarkan maklumat orang awam, pegawai penguat kuasa Agama Jajahan telah pergi ke rumah terbabit dan mendapati pintu rumah serta tingkap tertutup rapat.

Apabila pegawai penguat kuasa mengetuk pintu rumah dan memperkenalkan diri, seorang wanita memakai kain sarung batik  dan berbaju T telah membuka pintu rumah.

Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki sedang tidur dengan seorang kanak-kanak perempuan di ruang tamu rumah tersebut, manakala seorang lagi lelaki dengan memakai kain sarung dan tidak berbaju berada di atas katil dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.

Di dalam bilik itu juga, terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan sedang tidur.

Hasil pemeriksaan keseluruhan mendapati, lelaki yang tidur di ruang tamu tersebut adalah adik kandung wanita terbabit, manakala dua kanak-kanak perempuan itu adalah anak kandung wanita itu.





Setelah disoal siasat wanita dan lelaki yang berada di dalam bilik tersebut bukan suami isteri dan bukan mahram.

Mereka ditangkap di bawah kesalahan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No.2/85, Seksyen 9 dan dibawa ke Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas untuk diambil tindakan selanjutnya.

Hakim mengarahkan kedua-dua tertuduh membayar denda RM2,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun kedua-duanya menjelaskan denda tersebut.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Negeri, Norhasney Ridhwan Hassan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved