Jurucakap presiden wilayah Udmurtia ketika mengumumkan demikian menerusi televisyen tidak menjelaskan punca kematian.
Bagaimanapun, pereka senjata yang meragut paling banyak nyawa berbanding raifal lain itu dipasang dengan pacemaker di sebuah hospital di Moscow Jun lalu dan menjalani rawatan di hospital di Izhevsk sejak 17 November.
Presiden Vladimir Putin turut meluahkan rasa sedihnya terhadap kematian Kalashnikov.
Walaupun anak petani Siberia itu tidak pernah menamatkan persekolahan, dia berjaya mencipta satu daripada senjata terkenal Soviet Unìon yang turut menjadi produk paling banyak ditiru.
Kalashnikov mencipta AK-47 sejurus selepas Perang Dunia Kedua. Angka ‘47’ itu merujuk kepada tahun 1947 sementara ‘A’ pula bermaksud ‘avtomat’ atau raifal automatik dan ‘K’ bermakna Kalashnikov.
Versi terbaru AK-47 masih menjadi senjata utama tentera dan polis Russia selepas lebih 60 tahun raifal asal itu digunakan dalam perkhidmatan tentera pada 1949.
Pada majlis meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-90, presiden ketika itu, Dmitry Medvedev menganugerahkannya dengan bintang kehormat tertinggi - Pingat Emas Wira Russia serta memujinya kerana menghasilkan jenama kebangsaan yang menjadi kebanggaan setiap rakyat Russia.
Bagaimanapun, Kalashnikov berkata, kebanggaannya terhadap rekaannya itu bercampur dengan kesedihan kerana melihat ia turut digunakan oleh penjenayah dan tentera kanak-kanak.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment