ONEXOX
BannerFans.com

Kes Aduan Hospital Jempol Servis Hampeh: Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan mohon maaf

on Thursday, December 5, 2013

Seremban: “Saya memohon maaf bagi pihak jabatan atas kejadian itu dan menyifatkan tindakan terbabit seperti seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Zailan Adnan.

Beliau berkata demikian selepas menerima aduan di Facebook daripada seorang keluarga pesakit Hospital Jempol, dekat sini, yang tidak berpuas hati tindakan jururawat dan pemandu ambulans hospital itu yang berhenti makan ketika membawa pesakit.

Aduan itu tersebar luas di laman sosial berkenaan selepas pengadu menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap jururawat dikatakan bercakap kasar, memberi layanan buruk dan mengumpat pesakit.



Dalam aduan itu, pengadu menyatakan kekecewaan apabila pada jam 11 malam 30 November lalu, pemandu ambulans berhenti di kedai makan untuk menjamu selera selama 30 minit sedangkan ibunya diserang strok dibiarkan sendirian dalam kenderaan.

Menurut aduan, kejadian berlaku ketika ibu pengadu dalam perjalanan dipindahkan dari Hospital Jempol ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, untuk rawatan lanjut.

Zailan berkata, setakat ini, beliau hanya menerima penerangan ringkas dan akan memeriksa secara terperinci.

Menurutnya, dalam isu itu pemandu ambulans serta jururawat tetap disalahkan kerana melanggar peraturan bekerja, namun pengadu difahamkan turut bertindak keterlaluan.





“Saya sebelum itu dimaklumkan pengadu meminta dua jururawat menjaga ibunya sedangkan hospital kekurangan kakitangan dan menerima ramai pesakit menyebabkan permintaannya tidak dilayan,” katanya.

Beliau berkata, biarpun begitu, pihaknya akan menegur kakitangan hospital itu, namun tindakan penggantungan tugas tidak dapat dibuat kerana ia bukan kes jenayah.

“Pemandu ambulans tidak akan digantung kerja kerana Hospital Jempol mengalami kekurangan pemandu,” katanya.

Kata Zailan, enam hospital dan 46 klinik kesihatan di negeri ini turut terpalit dengan insiden berkenaan walaupun selama ini pihaknya berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 6 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

tambah la staff..perbaiki sistem/servis..student kat nursing
college ramai rasanya yg dh grad


December 5, 2013 at 11:48 PM
Anonymous said...

Mcm2 dgr psal hosp jempol..ade yg gelar "hosp pulang mayat".. "hosp maot".... sy besalin situ ok je...mybe wad besalin staff mmg ok...:-)


December 6, 2013 at 12:52 AM
Unknown said...

Mintak disiasat terlebih dahulu sebelum menghukum atau mengambil tindakan kerana melibatakan profesyen sesorang juga periuk nasi mereka


December 6, 2013 at 1:43 AM
Anonymous said...

Buat lah sesuatu...kesian pd penduduk2 serting yg mengharapkan rawatan ketika memerlukannya...


December 6, 2013 at 3:21 AM
Anonymous said...

padan muka nurse yg kuang hajar tu. mulut macam celaka, celaka lah balasannya. aku org serting, aku sokong org yg hantar komen kat fb tu.


December 6, 2013 at 9:39 PM
Unknown said...

Ramai ke pesakit kat hopital ni??? Aku tgk 2 3 kerat aje.. Nuse pulak kuat mengumpat. Aku pernah alami sendiri. Mmg kureng.


December 10, 2013 at 5:34 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved