ONEXOX
BannerFans.com

Kontroversi Proton Perdana Baru Tiru Rekaan Honda Accord

on Thursday, December 12, 2013

Kontroversi Proton Perdana model baru tiru rekaan Honda Accord. Pada 11 Disember 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan dua model Proton Perdana terbaru sebagai kenderaan rasmi kerajaan Malaysia. Dalam majlis pelancaran tersebut, Proton Perdana telah tampil dengan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan. Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru ini digunakan untuk Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Proton Perdana baru yang digunakan khas oleh Najib juga menggunakan plat nombor W11N dengan rekaan enam pintu.



Penjelasan Kontroversi Proton Perdana Baru Tiru Rekaan Honda Accord

Sebaik sahaja Proton Perdana baru dilancarkan secara rasmi, ramai pihak telah memberikan kritikan bahawa keluaran rekaan terbaru Proton Perdana telah meniru rekaan Honda Accord generasi ke 8. Menerusi makluman daripada Proton, rekaan terbaru model Perdana adalah hasil daripada kerjasama dengan Honda Japan Ltd. Maka, memang tidak menghairankan jika Proton Perdana baru ini mempunyai rekaan yang sama dengan model Accord keluaran Honda.





Gambar Proton Perdana Baru Dan Honda Accord





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved