Itu taktik licik seorang lelaki ketika memperdayakan seorang peniaga kedai makan di Medan Selera Chembong, dekat sini, menyebabkan mangsa kerugian lebih RM400, Isnin lalu.
Peniaga terbabit, Nur Fizah Nayan, 45, berkata, kejadian berlaku jam 7.30 malam apabila kedai makannya, didatangi suspek berusia 50-an yang memesan 21 bungkus nasi goreng ayam dan minuman.
Menurutnya, ketika kejadian, dia memasak di dapur dan anaknya, Nor Hidayah Nazri, 16, mengambil pesanan lelaki itu yang mahu membeli makanan untuk pekerja kontrak dan meminta menyiapkannya dalam tempoh sejam.
“Selepas sejam, lelaki itu menaiki kereta Proton Saga FLX datang semula ke kedai, tetapi kali ini dia memaklumkan pengurus projek dan beberapa pekerja akan datang makan di sini dan mahu memesan dua ekor ikan siakap tiga rasa,” katanya, pagi semalam.
Nur Fizah berkata, lelaki itu bersungguh mahu dia memasak ikan siakap sedangkan di kedai tidak mempunyai stok ikan berkenaan menyebabkan dia menyuruh anaknya, Lily Dianna, 23, ke pasar raya berhampiran untuk membeli keperluan bagi menyediakan hidangan seperti diminta pelanggan terbabit.
“Ketika di pasar raya, Lily Dianna terkejut apabila lelaki berkenaan muncul dan menemuinya lalu memesan pelbagai jenis barang makanan dan minuman iaitu enam karton minuman tenaga 100 plus dan Redbull, 30 bungkus kacang goreng, 30 biji oren, empat ikat pisang, empat nanas, dua ikan siakap selain beg plastik sebungkus dan tisu dua bungkus.
“Lelaki itu juga memberitahu Lily Dianna perlu membayar semua barang berkenaan terlebih dulu dan semua bil dibayar kemudian apabila berjumpa pengurusnya di kedai makan.
“Anak saya yang kebingungan mengikut saja permintaan lelaki itu, malah suspek sempat bertanya baki duit dalam akaun bank, namun Lily Dianna hanya mendiamkan diri kerana mula berasa curiga,” katanya.
Katanya, sejurus selepas itu, lelaki berkenaan meminta anaknya mengambil dua bungkus tisu, manakala lelaki itu menunggu di kaunter bayaran.
Sebelum itu, katanya, lelaki terbabit meminta wang yang ada pada anak sebanyak RM400 untuk membayar terlebih dulu dan menambah jika tidak cukup.
“Apabila kembali ke kaunter anak saya mendapati lelaki itu lesap bersama barangan dibeli dan wang tunai RM400.
Terkejut dengan apa yang berlaku anak terus menghubungi saya dan memberitahu kejadian.,” katanya.
Dia membuat laporan polis di Balai Polis Chembong sejurus kejadian dan kes ini dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Tampin.
Selain itu, polis juga sudah mengambil rakaman kamera tertutup (CCTV) di pasar raya berkenaan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 420, Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment