ONEXOX
BannerFans.com

Negeri Sembilan Tourism Conference 2014 dan pelancaran Friends of Negeri Sembilan (FoNS)

on Thursday, December 12, 2013

Negeri Sembilan sedia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014). Sebagai persediaan, Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan dengan jayanya telah menganjurkan persidangan yang telah menghimpunkan seramai lebih 300 orang penggiat-penggiat industri pelancongan Negeri Sembilan di Klana Resort Seremban.

Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, En. Zaidi Kassim dalam ucapannya memaklumkan bahawa persidangan kali ini adalah antara yang paling berjaya  sejak penganjuran 5 tahun berturut-turut. Persidangan yang dahulunya lebih dikenali dengan nama Negeri Sembilan Tourism Industry’s Kick-Off Meeting telah diberi penjenamaan baru iaitu Negeri Sembilan Tourism Conference 2014.







Majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Musa Yusof, Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia juga dalam ucapannya memaklumkan mengenai beberapa pameran pelancongan antarabangsa seperti Arab Travel Mart (ATM) Dubai, World Travel Mart (WTM) London, International Tourism Bourse (ITB) Berlin dan banyak lagi yang boleh disertai oleh Kerajaan Negeri bersama-sama Tourism Malaysia bagi mempromosikan Negeri Sembilan ke persada antarabangsa.

Manakala di sesi petang, Tourism Malaysia Negeri Sembilan dalam usaha mempromosikan aktiviti pelancongan kepada orang ramai telah melancarkan kempen ‘Friends of Negeri Sembilan (FoNS) yang membolehkan orang ramai dan penggiat-penggiat industri pelancongan mendapatkan maklumat pelancongan terkini secara lebih strategik dan teratur. Hanya perlu ‘LIKE’ laman facebook rasmi Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan lengkapkan borang yang disediakan melalui talian ‘online’ atau secara manual dan penyertaan akan diterima secara automatik.

FoNs dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kepada orang ramai dan penggiat-penggiat industi. Penggiat industri yang berdaftar akan diberi keutamaan dalam aktiviti promosi yang dijalankan oleh Tourism Malaysia manakala orang ramai akan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bulanan sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014. Majlis pelancaran Kempen Friends of Negeri Sembilan (FoNS) telah disempurnakan oleh YB. Tuan Hj Tun Hairudin B. Abu Bakar, Exco Pelancongan Negeri Sembilan.





Persidangan kali ini telah diberi nafas baru dengan sesi forum pelancongan bersama penggiat-penggiat industri pelancongan Negeri yang telah mendapat penyertaan yang menggalakkan. Antara penceramah yang telah dijemput adalah terdiri daripada Bahagian Pemasaran Domestic Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Muzium Tentera Darat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Friends of Negeri Sembilan (FoNS), sila hubungi:

Tourism Malaysia Negeri Sembilan
Level 1, Seremban Plaza,
Jalan Dato’ Muda Linggi,
70100, Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-7624488 / 06-6722726
Emel : nurulsyaqqeera@tourism.gov.my
Tel : 0192928499


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved