Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Pegawai Bomba Kanan II, Adnan Awaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.14 malam dan bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota serta sebuah jentera.
Menurutnya, kesemua mangsa selamat kerana sempat melarikan diri.
“Setibanya di tempat kejadian, kereta mangsa jenis Peugeot berwarna hijau sudah terbakar 100 peratus.
“Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada tempat duduk pemandu, namun buat masa ini, punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
Difahamkan kesemua mangsa itu dalam perjalanan dari Panchor Jaya, Seremban menuju ke Kuala Pilah.
Dalam pada itu, Adnan turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya memiliki pemadam api khas yang diletakkan di dalam kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga.
“Ini kerana sejak akhir-akhir ini, banyak kejadian kenderaan terbakar dan mangsa sempat keluar dari kenderaan.
“Sebagai langkah awal, jika ada pemadam api di dalam kereta, mangsa boleh mengawal kebakaran sementara menunggu anggota bomba tiba,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment