ONEXOX
BannerFans.com

Polis Tahan Pengerusi Kumpulan Bantah Kenaikan Harga

on Tuesday, December 24, 2013

PETALING JAYA: Pengerusi sebuah kumpulan yang membantah kenaikan harga baru-baru ini, ditahan atas cubaan menggulingkan kerajaan menjelang sambutan ambang tahun baharu 2014.

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.35 malam Isnin ketika sedang makan malam di sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur.



Timbalan Ketua Jabatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek yang juga berasal dari Terengganu akan direman pada Selasa.

"Kami sedang menyiasat suspek mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana menghasut selain cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi.





"Kami percaya lebih ramai akan ditangkap dalam masa terdekat menjelang perhimpunan yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Terdahulu, Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Mohd Azan Safar merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved