ONEXOX
BannerFans.com

Tok Mat Pengurus Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan

on Sunday, December 22, 2013

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mungkin menteri besar yang pertama menjadi pengurus sebuah pasukan sukan.

Dalam usaha serius menebus kembali maruah pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang tersingkir daripada saingan Liga Super 2013, Mohamad berkata sudah sampai masanya beliau sendiri memikul tugas sebagai pengurus pasukan bola sepak Negeri Sembilan.

“Selaku Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Sembilan, saya tidak boleh terus berdiam diri dan membiarkan pasukan dalam keadaan yang tidak baik.

“Tiga individu akan membantu saya iaitu Datuk Abdul Halim Abdul Latif, Datuk Abdul Ghani Hasan dan Datuk Mohammed Najeeb Abdullah.



“Kehadiran mereka akan dapat pastikan agar proses komunikasi antara pasukan dan persatuan tidak terputus.





“Matlamat utama pasukan Negeri Sembilan ialah menjadi juara atau naib juara Liga Perdana dan seterusnya melayakkan diri ke Liga Super 2015.

“Jurulatih V Sundramoorthy diwajibkan menghantar laporan prestasi pemain kepada jawatankuasa penilai , selepas dua hari perlawanan.

“Persatuan juga akan bertindak tegas memotong gaji pemain jika didapati melakukan kesalahan tidak munasabah sehingga dilayangkan kad kerana bertelagah dengan pengadil atau bersikap tidak professional ketika perlawanan berlangsung ” katanya.

Sebelum ini kebiasannya menteri besar dari mana-mana negeri hanya memegang jawatan presiden persatuan.

Mohamad juga mengumumkan barisan pegawai dan 26 pemain bolasepak Negeri Sembilan untuk musim 2014 termasuk empat pemain import iaitu Jean Marc Alexandre yang juga merupakan pemain kebangsaan Haiti, Kim Jin Ryoung (Korea Selatan), Josef Kaplan (Slovakia) dan Jean Emmanuel Effa Owona (Cameroon).

Skuad bola sepak Negeri Sembilan 2014:

Pengurus: Datuk Seri Mohamad Hasan

Penolong Pengurus: Datuk Abdul Halim Abdul Latif, Datuk Abdul Ghani Hasan dan Datuk Mohammed Najeeb Abdullah

Ketua Jurulatih: V Sundramoorthy

Penolong Jurulatih: Ridzuan Abu Shah dan Ahmad Osman

Jurulatih Penjaga Gol: Mohd Yazid Mohd Yassin

Jurulatih Kecergasan: K Balagumaran

Penjaga Gol: Badrulzaman Abdul Halim, Mohd Kaharuddin Abdul Rahman dan Mohamad Yatim Abdullah

Pertahanan: Jean Marc Alexandre, Kim Jin Ryoung, Mohd Radzuan Abdullah, Fauzi Nan, Muszaki Abu Bakar, Mohd Nizam Bakar, Mohd Alif Samsudin, Sumardi Hajalan, Mohd Dzaiddin Zainuddin, Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad dan Zulfaizham Khamis

Tengah/Midfield: Norhafiz Zamani Misbah, Abdul Halim Zainal, S Sivanesan, K Nanthakumar, M Sivakumar, V Kavichelvan, G Puaneswaran dan Eddy Helmi Manan

Penyerang: Josef Kaplan, Jean Emmanuel Effa Owona, Mohd Firdaus Azizul dan Mohd Shoufiq Mohamad Kusaini.

Sumber

ERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved