Lawatan kemaskini produk pelancongan tersebut telah dihadiri seramai 30 orang ahli FoNS yang terdiri daripada beberapa agensi pelancongan di Negeri Sembilan, rakan-rakan blogger dan orang awam. Lawatan bermula ke Istana Negara Lama (Muzium Diraja) Kuala Lumpur. Ahli FoNS berpeluang melihat sendiri seni bina dan hiasan dalaman Muzium Diraja tersebut. Turut berlangsung, Pameran Majlis Raja-Raja yang bermula 18 November 2013 hingga 19 Januari 2014.
FoNS turut mendapat undangan khas dari pihak Coca Cola sempena FIFA World Cup Trophy Tour yang telah diadakan di PWTC di mana ahli FoNS berpeluang mencuba pelbagai aktiviti seperti bubble football, penalty shoot out game, test your kicking speed, 3D hologram experience dan banyak lagi.
Kemuncak kepada aktiviti pertama FoNS adalah di Dataran Merdeka sempena Visit Malaysia Year 2014 Grand Launch yang menyaksikan lebih 50,000 orang pengunjung hadir. Pengunjung diserikan dengan pelbagai aktiviti yang disediakan seperti persembahan jalanan, persembahan video produk-produk pelancongan,drum performances, persembahan artis popular tanah air dan banyak lagi. Persembahan ‘Building Mapping’ berlatar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad yang sangat mengagumkan telah memukau para hadirin.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, lebih 200 acara telah disusun bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Kerajaan telah mensasarkan 28 juta ketibaan pelancong dan RM76 billion pendapatan pelancongan.
INFO TAMBAHAN
FoNs dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kepada orang ramai dan penggiat-penggiat industi. Penggiat industri yang berdaftar akan diberi keutamaan dalam aktiviti promosi yang dijalankan oleh Tourism Malaysia manakala orang ramai akan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bulanan sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014. Majlis pelancaran Kempen Friends of Negeri Sembilan (FoNS) telah disempurnakan oleh YB. Tuan Hj Tun Hairudin B. Abu Bakar, Exco Pelancongan Negeri Sembilan pada 9 Disember 2013.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Friends of Negeri Sembilan (FoNS), sila hubungi:
Tourism Malaysia Negeri Sembilan
Level 1, Seremban Plaza,
Jalan Dato’ Muda Linggi,
70100, Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-7624488 / 06-6722726
Emel : nurulsyaqqeera@tourism.gov.my
Tel : 0192928499
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment