Kejadian hari ini tidak sebersih protes semalam apabila seorang lelaki dikasari peserta protes itu.
Difahamkan lelaki terbabit berkata sesuatu yang menimbulkan kemarahan peserta protes ketika beliau berjalan ke arah motosikalnya di seberang Jalan Alma.
Dalam sekelip mata, beliau dikelilingi kira-kira 50 peserta. Kelihatan ada yang memegang, menolak dan memukulnya dengan helmet yang dipakainya.
Jeritan kata-kata kesat kedengaran dilemparkan kepada lelaki itu ketika kumpulan protes semakin marah.
Anggota polis yang bersedia berkawal memerhatikan protes itu dengan cepat masuk campur dan menarik keluar lelaki terbabit daripada khalayak yang sedang berkerumun itu.
Kumpulan yang marah itu tetap mengekori lelaki itu ketika beliau ditemani polis ke kereta peronda.
Keadaan masih tegang walaupun selepas kereta peronda meninggalkan lokasi.
Beberapa peserta protes memaki hakum lelaki itu kerana dituduh berkata “Melayu bodoh”.
Ketika situasi kelihatan hampir hilang kawalan, khalayak itu diarahkan bersurai dan pulang oleh beberapa pemimpin Melayu di tempat kejadian.
Terdahulu, protes itu diadakan di tempat yang sama di mana Lee menganjurkan flash mob kangkung Rabu lalu, dan pada hari ini, patung dengan gambar Lee yang bersaiz A4 dibakar, dipijak dan diludah.
Seorang lelaki kelihatan mendedahkan punggungnya ke arah gambar itu.
Kumpulan protes membabitkan kira-kira 300 orang itu juga membakar beberapa kad manila dan sepanduk menghentam Lee dan partinya di depan pusat khidmat Adun PKR itu.
Beberapa sepanduk ditampal di tingkap lot kedai kosong di bawah pusatnya yang berada di tingkat satu. Protes sejam itu bermula kira-kira jam 12.30 pagi dengan pemimpin daripada Umno Pulau Pinang, organisasi bukan kerajaan.
Kongres Melayu Pulau Pinang dan Pekida Pulau Pinang yang membuat ucapan berapi-api membela Najib, di mana analogi kangkungnya baru-baru ini menjadi tumpuan jenaka alam siber.
Lee sebelum ini mengetuai flash mob dan menyumbat kangkung ke dalam patung berupa Najib.
Setiausaha Umno Pulau Pinang dan Ketua bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir memberi amaran kepada Lee supaya tidak menghina orang Melayu kerana ia akan menimbulkan kemarahan dan menyebabkan perkara itu menjadi isu perkauman.
“Protes ini dianjurkan oleh komuniti Melayu tempatan, bukan oleh Umno. Ia menunjukkan betapa marahnya rakyat terhadap isu ini.
“Kami orang Melayu sudah lama menyimpan rasa marah, berapa lama lagi kami boleh bertahan? Apabila kami senyap, ia tidak bermakna kami takut atau menyerah. Kami juga mahu keamanan dan harmoni.
“Jangan salahkan kerajaan persekutuan semata-mata. Jika Lee mahu lakukan sesuatu mengenai kenaikan harga, beliau patut turun padang, lawat pasar untuk jika jika harga naik,” katanya dan menambah Lee sepatutnya membuat kerjanya dengan menyelesaikan isu tempatan seperti banjir di kawasannya.
Musa berkata, mereka yang tidak suka berada di Malaysia patut berpindah ke tempat lain.
Katanya, orang Melayu akan mempertahankan bangsa dan agama mereka hingga ke titisan darah terakhir.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak, berkata kenyataan kangkung itu tidak sepatutnya menjadi isu langsung.
“Nampaknya Pakatan Rakyat kini kekurangan isu hingga terpaksa memperbesarkan perkara kecil seperti ini,” katanya. Seorang lelaki, dikenali sebagai Abdul Jamir, yang mendakwa sebagai bekas tentera berkata, Lee tidak bersyukur.
“Kerajaan dah beri kamu Mykad, kemudahan. Tetapi kamu (Lee) mahu jadi biadap. Saya cabar Lee untuk datang ke sini dan buat satu lagi flash mob.
“Datang sini dan tunjuk kamu berani. Saya ada di sini, tidak sembunyi. Muka ini bukan salinan.
“Saya sudah sunat. Saya tidak takut. Kami mahu jumpa dan bercakap dengan kamu,” katanya.
Lelaki itu, yang menjadi salah seorang speaker yang vokal di protes itu berkata, orang Melayu tidak takut mati syahid.
Protes itu juga menggunakan terma yang kasar terhadap Lee, yang kini dipanggil ‘kailan’, iaitu satu lagi jenis sayuran.
Orang ramai melepaskan kemarahan terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Salah seorang peserta protes itu menyimbah air ke arah kain rentang yang memaparkan wajah dua pemimpin itu dan tertera mesej “Guru yang mengajar MP DAP biadap pada Melayu”.
Sepanjang protes itu berlangsung, peserta melaungkan “Allahu Akbar”, “Hidup Melayu, hidup Najib”.
Protes itu diadakan sehari selepas ahli Umno Pulau Pinang mengadakan bantahan di Seberang Jaya, semalam (gambar-gambar sila lihat di SINI dengan slogan mengugut akan berlaku sekali lagi rusuhan ala 13 Mei dan berarak kira-k ira 1 kilometer ke arah pusat beli-belah Sunway Carnival dengan kain rentang.
Lee sebelum ini mengetuai flash mob dan menyumbat kangkung ke dalam patung berupa Najib.
Laporan dari The Malaysian Insider , Gambar-gambar dari Media dan juga orang-orang UMNO..
Untuk makluman bukan seorang yang dikasari tetapi dua orang.. harap maklum..
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment