Kakitangan Tourism Malaysia dikenalpasti ditahan kerana pukul anak tak solat di Sweden

on Thursday, January 16, 2014

Pasangan Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Nurshal dikenalpasti pasangan yang ditahan kerana memukul anak lelaki kerana tak solat di Sweden.

Mereka telah ditahan reman sejak 14 Disember lalu dan sepatutnya hari ini diketahui sama ada penahanan mereka akan dilanjutkan atau sebaliknya.  Sekiranya polis sudah melengkapkan siasatan dan mempunyai bukti kukuh mereka akan terus ditahan dan akan dibebaskan sekiranya pihak polis tidak mempunyai cukup bukti untuk mendakwa mereka.



Raheem Awalludin dalah seorang kakitangan di pejabat Tourism Malaysia di Stockholm manakala isterinya adalah seorang guru di negara ini namun mengambil cuti tanpa gaji bagi menemani suami bertugas di negara itu sejak tiga tahun lalu.





Pasangan berkenaan turut membawa empat anak mereka berusia antara tujuh hingga 14 tahun ke negara itu.

Tahap kedua mereka memukul anak tak dinyatakan sehingga menyebabkan mereka ditahan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved