ONEXOX
BannerFans.com

Kecewa terpaksa tunggu berjam-jam di JPJ Senawang

on Thursday, January 16, 2014

SEREMBAN – Masalah sistem pengkomputeran menyebabkan orang ramai terpaksa menunggu lama untuk memperbaharui lesen memandu di kaunter pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Senawang, dekat sini, semalam.

Rata-rata pelanggan melahirkan rasa kecewa apabila terpaksa menghabiskan masa setengah hari menyelesaikan urusan di kaunter, walaupun datang awal pagi ke pejabat berkenaan.

Masalah juga dikatakan berpunca daripada kekurangan kaunter apabila daripada 25 kaunter, hanya 10 saja saja dibuka semalam.

Pesara dari Seremban Jaya, Wan Mohd Zaid Wan Ahmad, 59, berkata, dia hanya selesai membuat pembayaran untuk memperbaharui lesen kenderaan selepas hampir tiga jam menunggu.



"Saya tiba di sini kira-kira 8 pagi tadi, tetapi urusan selesai jam 11.30 pagi. Walaupun kaunter disediakan banyak, namun perkhidmatan ditawarkan kepada orang ramai amat mengecewakan.

“Tidak ada ramai kakitangan yang bekerja di saat orang ramai memerlukan perkhidmatan segera,” katanya.





Pengusaha bas sekolah,  S.Silvaraju, 56, berkata, pihak berkenaan perlu peka tentang masalah itu, sekali gus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

"Saya ingatkan segala urusan pembayaran menjadi lebih mudah apabila berurusan sendiri di kaunter JPJ, tetapi sebaliknya lain pula berlaku.

"Kasihanlah kepada mereka yang bekerja kerana membuang masa hampir setengah hari hanya kerana untuk menyelesaikan urusan di sini," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Adun Senawang P.Gunasekaran berkata, masalah berlaku bukan perkara baru dan beliau mencadangkan agar pihak terbabit membuka kaunter khas di setiap pasar raya di negeri ini bagi kemudahan orang ramai.

“Jika JPJ mengambil kira akan cadangan ini, sudah tentu ia dapat melegakan hati orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan. Bagaimanapun, ia terpulang kepada pihak jabatan dalam melaksanakannya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah mengakui berlaku kesesakan, bagaimanapun katanya, ia berpunca daripada orang ramai datang serentak.

Menurutnya, pihaknya tidak mempunyai cadangan untuk membuka kaunter khas di pasar raya setakat ini kerana ia perlu mengambil kira mengenai kos perbelanjaan dan perkara-perkara lain.

“Masalah berkenaan membabitkan perkhidmatan sistem pengkomputeran mySIKAP sememangnya masih lagi berlaku di semua pejabat JPJ,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved