Pengerusi MyWatch Dakwa Terima SMS Ugutan Bunuh

on Thursday, January 9, 2014

BANDAR SERI JEMPOL: Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), R. Sri Sanjeevan membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang didakwa diterimanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya beliau menyedari SMS itu pada kira-kira pukul 8.43 pagi Khamis.

"Saya mensyaki SMS ugutan bunuh ini ada kaitan dengan kejadian saya ditembak pada 27 Julai 2013," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di sini.



Katanya beliau berharap polis memberikan perlindungan kepada dirinya dan anggota keluarganya yang tinggal di sebuah kawasan perumahan di Bahau dekat sini.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana kes beliau ditembak pada Julai lepas masih belum dapat diselesaikan oleh polis.





Pada 27 Julai lepas, Sri Sanjeevan, parah di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang.

Ekoran kejadian itu, beliau telah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru dari bahagian rusuknya dan kini beransur pulih.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved