Maka akan adalah keluh kesah lebih-lebih lagi apabila perkhidmatan yang diberikan tidak setanding dengan bayaran & gaji yang ditawarkan. Apatah lagi, sekarang ini rakyat Malaysia semakin bertambah dan bertambah.
Dan Berita Semasa menerima salinan aduan & tuntutan daripada kalangan yang berkerja sebagai jururawat mohon dikongsikan di Berita Semasa.
Semak Aduan & Tuntutan Mengenai Realiti Kerja Jururawat Malaysia
erlalu banyak ketidakadilan yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan terhadap Jururawat-jururawat seluruh Malaysia.
Tidak kisahlah anda jururawat daripada sektor swasta ataupun kerajaan. Mesti ada masalah yang sama. Kementerian Kesihatan adalah kementerian yang pada pendapat & pengalaman saya sebuah kementerian yang lembab dan lemah dalam pengurusan. Ia perlu di tegur dgn keras memandangkan secara lembut sudah tidak berhasil.
Antara ketidakadilan pada jururawat adalah:
- Jururawat yang bekerja pada waktu malam tidak disediakan makanan: Di manakan jururawat-jururawat seperti kami ini hendak pergi ketika perut lapar pada waktu malam. Tidak ada restoran yang buka pada waktu ini. Bekalan yang dibekalkan adalah seperti satu jenaka besar. Iaitu milo 3-in-1 satu paket. Itu sahaja.
- Kadang-kala jururawat disuruh bekerja tanpa cuti selama lebih dari seminggu. Ini adalah zalim. Mentang-mentanglah kami jururawat semua perempuan. (lelaki sedikit saja)
- Terdapat kecurian pembayaran masa bekerja jururawat ketika bekerja malam selama 2 malam sahaja berbanding 3 malam.
- Keselamatan jururawat adalah seperti bergantung di hujung tanduk. Bayangkan tempat letak kereta yang gelap pada waktu malam. Ruang pejalan kaki juga gelap. Dan ada kalanya polis membiarkan penjenayah yang tercedera duduk bersama jururawat seorang diri di dalam bilik untuk menerima rawatan. Apakah ini?
- Pakaian jururawat: Perlu dibuat supaya tidak terlalu seksi dan ketat. Banyak hospital swasta yang bercirikan islamik telah pun mula menukar fesyen pakaian jururawat supaya kami tidak mencerminkan imej seksi.
- Jururawat adalah pekerja kerajaan yang agak penting. Walau tidak dinaikkan gaji jururawat, mereka perlu dijaga kebajikannya. Sudahlah gaji sikit. Masa kerja pula sangat banyak. Apabila sudah berkeluarga, tidak lama selepas itu terus berhenti kerana terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk anak dan suami. Banyak yang boleh dilakukan di sini. Mungkin diadakan daycare yang mengikuti waktu kerja nurse. Free. Makanan juga disediakan kepada kalangan jururawat untuk dibawa pulang selepas waktu kerja kerana kebiasaannya mereka ini selepas kerja terlalu penat untuk masak.
Banyak lagi masalah jururawat yang masih belum orang ramai ketahui. Harap jururawat yang lain berani kehadapan luahkan masalah mereka. Kita bermula dengan fokus isu ini dulu kemudian kita mula fokus kepada masalah lain satu persatu.. Jika terlalu banyak nanti kita hilang fokus untuk mendesak KKM..
Jururawat perlu berpakat dan kuat untuk lawan dan mendapat hak anda. Apa pendapat Kementerian Kesihatan ? Sila prihatin sedikitlah masalah jururawat seperti kami ini ..
P/S : Semoga keluhan jururawat ini mendapat perhatian sewajarnya
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment