ONEXOX
BannerFans.com

Air Asia sindir MAS perkenal 'Nasi Lemak Pak Nasser'?

on Sunday, February 9, 2014

SHAH ALAM: Perkhidmatan penerbangan Air Asia hari ini menarik perhatian orang ramai apabila mengiklankan promosi 'Nasi Lemak Kami Lengkap! Macam ini baru betul' di akhbar Berita Harian.

Melalui muka surat kedua akhbar itu, promosi itu turut menyenaraikan kandungan lengkap hidangan nasi lemak Pak Nasser iaitu kacang, ikan bilis dan rendang ayam.

Tindakan mengiklankan 'Nasi Lemak Pak Nasser' oleh Air Asia dilihat berkait rapat dengan teguran chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan terhadap mutu perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) yang menghidangkan apa yang didakwanya sebagai 'nasi lemak telanjang'.



Chef Wan ketika menaiki MAS terkejut apabila syarikat penerbangan rasmi negara menghidangkan nasi lemak yang tidak mengandungi timun, kacang dan ikan bilis.

Chef Wan kemudiannya memuatnaik gambar nasi lemak tersebut di akaun Instagram miliknya.





Katanya, ia akan memberi persepsi negatif lebih-lebih lagi kepada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.

MAS kemudiannya mengeluarkan kenyataan dan mengucapkan terima kasih kepada Chef Wan di atas teguran itu.

Pihak MAS juga berjanji untuk meningkatkan taraf perkhidmatannya pada masa-masa akan datang.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Timun tak ada . Tak lengkap jugak .


February 9, 2014 at 5:34 AM
Anonymous said...

Bentuk huruf V tu timun la


February 9, 2014 at 10:03 AM
Anonymous said...

Tu bkn timun, tu daun pandan. Timun letak dlm nasi berair. Bila berair, nasi basi. Bila basi, nnti komplen.


February 9, 2014 at 8:12 PM
Unknown said...

Timun mmg xde .. ikn bilis kacang .. dulu aku ade try aym rndang ..mmg sedap lah air asia punyer. mas aku x pnh try..so no komen..


February 9, 2014 at 8:38 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved