ONEXOX
BannerFans.com

Anak Lelaki Kedua Pasangan Malaysia Di Sweden Beri Kenyataan Keliru

on Friday, February 28, 2014

STOCKHOLM: Anak lelaki kedua kepada pasangan Malaysia yang didakwa kerana memukul tangan anaknya dilihat lebih banyak memberi soalan berbanding menjawab soalan dan keliru ketika menerangkan kes penderaan.

Adam Azizul Raheem,11,cuba menggambarkan insiden apabila ibunya, Shalwati Nurshal dikatakan memukulnya menggunakan penyangkut baju apabila tidak melakukan cucian dengan betul.

Apabila diminta untuk menggambarkan kronologi tersebut, Adam tiba-tiba memberitahu insiden abangnya, Ammar dipukul sebelum berbalik kepada soalan, dan selepas itu turut menceritakan dia sesat di pusat membeli-belah ketika berusia 6 tahun.

Adam yang di dianogsis mengalami masalah pembelajaran, berusaha untuk menjawab soalan ketika temuduga dilakukan secara rekod, selalu terjatuh dan berdiam diri seketika.



Dalam satu temuduga, Adam kelihatan diam lebih kurang empat minit sebelum mahkamah memendekkan masa video itu.

Mengimbas kembali insiden yang melibatkan ibunya, Adam memanggil sarung tangan yang digunakan ketika memukulnya sebagai "muffin" sebelum soalan seterusnya dan penemuduga mendedahkan ia sebagai "mitten'.

Kedua-dua ibu bapanya, Shalwati dan Azizul Raheem Awalluddin menjalani perbicaan enam hari di Mahkamah Daerah Solna di atas dakwaan memukul anak-anak mereka.

Polis wanita itu telah bertanyakan Adam sama ada dia dipukul kerana tidak bersembahyang, dan turut menyatakan bahawa Azizul ada memberitahu pihak penyiasat bahawa ibu bapa muslim dibenarkan memukul anak-anak mereka jika tidak bersembahyang.

"Jika kami tidak sembahyang, bapa akan mengajak kami sembahyang dengannya. Tetapi jika dia tahu kami berbohong (tidak sembahyang), dia kadang-kala marah," jelas Adam.

Ketika ditanya apa yang terjadi apabila bapanya marah, Adam berkata dia akan menjerit kepadanya, kakak dan abangnya tetapi sentiasa "bercakap baik" dengan adiknya, Ariff.





Penemuduga itu bertanya kepada Adam bagaimana perasaannya ketika bercakap dengan polis, Adam segera menjawab dia bosan.

"Tetapi saya gembira hari ini, membuat rekod baru tamatkan temuduga dengan cepat," tambah Adam gembira, menyebabkan Azizul tersenyum melihat anaknya ketawa.

Temuduga terpaksa dipendekkan beberapa sesi selepas Adam enggan bercakap, dan bertanyakan "berapa lama" dan "bila soalan akan habis".

Tamat temuduga itu, Adam dilihat meninggalkan bilik, walaupun polis wanita itu bertanya sekiranya ada perkara lain yang hendak diberitahu.

"Tiada, tiada, tidak, tiada," jelas Adam, sambil bangun.

Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa dengan pelbagai kekasaran dan melanggar integriti kanak-kanak, dengan memukul serta mendera anak-anak mereka.

Kesalahan-kesalahan yang didakwa berlaku di rumah keluarganya di SpÄnga, pinggir bandar Stockholm, antara September 15, 2010 dan 17 Disember 2013 .

Perbicaraan bersambung pada 3 Mac ini.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved