ONEXOX
BannerFans.com

Hampiri paras kritikal

on Thursday, February 13, 2014

Kuala Pilah: Paras air di Empangan Kelinchi yang terletak di Terachi, di sini, semakin membimbangkan apabila bacaan 199.85 meter dicatatkan tiga hari lalu menurun 199.74 meter setakat semalam berikutan cuaca panas dan ketiadaan hujan sejak dua bulan lalu.

Catatan itu menunjukkan paras air semasa menghampiri paras kritikal iaitu 198.3 meter, sekali gus dibimbangi penurunan itu menyebabkan air tidak dapat disalurkan ke Empangan Sungai Terip untuk kegunaan masyarakat di daerah ini, Sendayan, Bandar Enstek, Nilai dan Labu.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati cuaca panas berterusan mengakibatkan paras air di empangan berkenaan yang berkeluasan 1.9 kilometer persegi dan kawasan tadahan seluas 38.3 kilometer persegi mengalami kemerosotan mendadak.

Pemerhatian mendapati akibat tidak hujan, paras air penuh iaitu 215 meter meninggalkan kesan rekahan di sekitar empangan manakala paras normal adalah 206 meter.



Selain itu, Empangan Talang turut mengalami nasib sama apabila catatan terkini adalah 149.02 meter berbanding paras penuh iaitu 154 meter manakala di Empangan Gemencheh bacaannya adalah 100.18 meter berbanding 110 meter pada paras melimpah (penuh).





Berikutan paras air di tiga empangan yang semakin menurun, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) semalam mengadakan solat hajat di Empangan Sungai Terip kira-kira jam 10 pagi yang dihadiri 200 kakitangan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved