Sementara ibu bapa kita sedang hidup inilah kita sayangi mereka, usahlah ditangisi lagi apabila mereka sudah tiada. Nasihat Berita Semasa buat anak-anak yang sedang membesar dan baru hendak mengenal dunia luar, sayangilah ibu bapa selagi mereka ada. Jika sebelum ini terdapat permohonan maaf daripada anak lelakinya (DI SINI), terbaru langsung dari Sweden….
Terbaru, apa yang berlaku sepanjang perbicaraan pasangan Malaysia di Mahkamah Sweden telah mendedahkan pengakuan anak perempuannya, Aishah melibatkan ibubapanya sendiri iaitu Encik Azizul Raheem Awalluddin & Puan Shalwati Nurshal
Luahan Aishah Binti Azizul Raheem Awalluddin Terhadap Ibubapanya (Encik Azizul & Puan Shalwati Nurshal)
- Aishah berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudara yang bernama Puan Shalena Hisham Makhzan sebagai ibu kandungnya yang sebenar
- Aishah juga berasa rapat dengan adik-beradik perempuan Puan Shalwati Nurshal, dan merasakan mereka seperti ibunya yang sebenar.
- Aishah tidak berasa dekat dengan ibu sebenarnya
- Ketika mendengar ucapan nak perempuannya di mahkamah daerah Solna, Puan Shalwati Nurshal berasa cukup sedih dan hiba sambil membetulkan tempat duduknya,
- Manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin kelihatan sugul apabila perkataan tersebut keluar daripada mulut naka prempuannya sendiri sambil menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.
- Apabila ditanya, Aishah mengakui yang beliau juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik
- Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah. “Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50. “Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal,” kata Aishah.
- Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa ‘marah dan sedih’, sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.
- Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden. Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari 2014 yang lalu.
- Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan
Lagi Gambar Aishah Binti Azizul Raheem Awalluddin
Nasihat Kepada Kami Sendiri & Aishah Binti Azizul Raheem Awalluddin Serta Anak-anak Lain
Bagi Berita Semasa sendiri ibu kandung tetap ibu kandung, tidak akan sama dengan mak saudara. Bagi Berita Semasa sendiri, Aishah terlalu muda untuk berfikir panjang untuk setiap perlakuan yang dibuat. Insyaalah, apabila adik Aishah besar kelak dan bakal bergelar ibu kelak, adik Aishah akan tahu juga akhirnya pengorbanan ibu bapa kita selama ini.
Dalam pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu bijak mengawal sikap amarah setiap kali mengawal tingkah laku anak-anak. Ada timbang rasa dalam setiap tindakan dan perlakukan terhadap anak-anak. Walaubagaimanapun….
- Ibu marah rotan tetap dia sayang kita, tetapi orang lain tidak pernah jentik kita sebab apa jadi pun dia tidak kisah.
- Ibubapa walaupun tegas pasti mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka.
- Ibu pukul sebab tidak solat, mengaji salah sebutan tu mmg wajar asalkan jangan cedera.
Agama kita islam memang dah bagi panduan. Cuma kadang-kadang ibubapa yang melaksanakan tanggungjawab didiklah anak-anak, dengan ada pertimbangan positif untuk membentuk anak-anak dengan cara Islam yang sihat dan dapat diterima akal .
Apatah lagi, pasangan Malaysia di Sweden ini Puan Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalluddin pasti sedar tinggal di negara luar seperti di Sweden senang terdedah dengan unsur negatif yang terlalu banyak jika tidak diawasi dan dikawal. Berita Semasa pasti itulah sebab, Puan Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalluddin agak tegas lebih-lebih soal agama.
Anak-anak ada yang tidak boleh nampak lagi kebaikan cara ibu bapa mereka mendidik, tanggungjawab ibu saudara Aishah (Puan Shalena Hisham Makhzan) sekarang pun kenalah tolong dan bantu kembalikan kepercayaan dan kasih sayang anak-anak ini kepada ibubapa mereka.
Ya…..ingatlah. Mak saudara ada ramai di luar sana. Tetapi ibu anda hanya ada satu di dunia. tidak akan boleh ditukar ganti. Wallahualam. Apa pendapat anda & respon balas anda pula?
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 14 comments... read them below or add one }
Bole faham. Ibu dia kan bekas warden jd mmg strict tp kalau bapak pon sama keras, kesian jugak budak2 ni. Beli seluar jeans pon berperang. Duit makcik dia, ikut suka dialah utk anak sedara.
February 28, 2014 at 4:45 AM
Hanya mereka yg pernah berada dlm situasi ini shja yg memahami. Yg lain hnya mendengar dan x merasai. Saya amat faham kes ini dan benar belaka ape yg dinasihati penulis. Subhanallah swmoga Allah peemudahkan urusan mereka dan kita.
February 28, 2014 at 5:09 AM
Betulll
February 28, 2014 at 5:16 AM
Mungkin ada kebaikan dari segi perundangan terhadap ibubapa mereka. Mungkin nasihat lawyer untk dia buat pngakuan mcm ni. Kta xleh terus judge je.
February 28, 2014 at 5:17 AM
Kita x tahu situasi anak2 dan ibu bapa mereka.. Apa-apa pun kita kena suaikan dgn keadaan di mana kita berada.. Keafaan perundangan setiap negara adalah berlainan..
February 28, 2014 at 5:49 AM
Aduhhh. Keluarga ini terperangkap dalam pertembungan budaya dan perundangan berbeza negara. Sy pasti situasi anak ini turut kita alami semasa kita seusianya. Dia dlm peringkat keliru ttg hidup. Pertimbangan Aisyah ini adalah mengikut logik akal dan apa yang ideal ttg hidup. Keluarga ini cuma contoh sebuah keluarga Melayu biasa. Ibubapa mendidik anak-anak yang lahir dari generasi Y ini dengan cara klasik spt mana kebanyakkan kita semua lalui. Kita melalui siri kemarahan ibubapa. Kena pukul sikit-sikit utk mendapat ikhtibar. Tidak berkomunikasi dgn bapa. Rasa benci dgn bapa yg hanya tau marah jer. Sentiasa rasa makcik pakcik yang selalu belanja kita adalah hero heroin dlm hidup yang sentasia menjadi kononnya orang yang paling memahami.
Tidakkah semua itu adalah sama dgn kisah kita suatu ketika dulu. Tapi kini dlm kita meniti kedewasaan baru kita sedari ibubapa tak penah pun membenci kita rupanya. Bapa yang garang suatu ketika dulu dah jadi rakan baik bila dewasa. Makcik pakcik yg jd hero heroin dulu pun dah kurang rapat sbb mereka ada komitmen masing-masing. Yahh. Ibubapa kita beruntung sbb kita tinggal di tanahair sendiri ketika kita remaja.
Moga keluarga ini diberikan ketabahan atas ujian Allah yang berat ini.
February 28, 2014 at 4:20 PM
Mak ayh dia xnk ajar amik brg2 mahal dr org lain sbb nk ajar ank2 dia menghargai apa yg ada.mmg tu duit makcik nye tp kalu selalu dmanjakn naik lemak budak nye.sebab tu dia boleh buat statemnt makcik nye tu ibu kndung dia.saya pun akn terasa jika ank sndri yg dikandung n melahirkn ke dunia nie ckp mcm tu hnya sbb xnk kena marah..pikir2 kn la
February 28, 2014 at 5:52 PM
Anak2 blum fhm. Sian mak tu, cara didikan beliau di salah ertikan. As if mak tak berhati perut plak!
February 28, 2014 at 6:36 PM
aku pernah mengalami situasi sebegini...dulu aku dibesarkan oleh emak n bapa saudara...mmmg....bapa mak saudara melebihkan kita dari anak dia sendiri sebab saying,,,... tetapi...mak n ayah sendiri banyak marah n memukul...aku alami situasi ini...pernah dulu...bapa saudara aku belikan 2 pasang kasut sekolah yang berjenama...mahal...mak kandung ku marah...sebab membazir n...adik beradik kandung aku x dapat n menyebab kan rasa kurang senang hati...ibu ku tidak membenarkan aku pakai...n pulangkan kasut itu semula....at last...aku pakai kasut abg aku...yg dah pecah2 ke sekolah...sebagai denda.....sedih x terkata...tp..siapa yg ambil peduli....x siapa pun ...kecuali mak saudara n bapa saudara itu....tetapi memasing x boleh buat ape sebab aku bukan anaknya....bila makin menbesar aku reda....ibubapa mendidik supaya jadi manusia n jangan terlalu terhutang budi...manakala keluarga angkat terlalu memberi...n menyebabkan kita jadi manja n nakal.....
February 28, 2014 at 7:56 PM
Kite xde dlm rumah tu..kte xtau ape yg berlaku....
March 1, 2014 at 5:50 AM
Dah namanye pun budak2. Mana nak datang matang tu. Yg kata bodoh tu knp. Sbb rasa pandai sgt ke?
March 1, 2014 at 7:20 AM
Actually apa yg di lakukan oleh parent tu adalah sesuatu yg betul..Kalau ikut hukum pun, memang kena pukul anak kalau masih tak bersolat bila menjangkau umur 10 tahun, tetapi pukul pun ada cara, takde la sampai ada kesan lebam.Apa yg berlaku di sweden tu, pendapat saya anak2 tu yg stress dan semestinya ada pihak ketiga yg menghasut atau 'brainwash' anak2 yg mengakibatkan isu yg sensitif pulak...walhal, kalau kat malaysia isu ni mende kecil je...remeh-temeh je..menda ni cuma di perbesarkan oleh pihak ketiga untuk menjatuhkan imej islam apatah lagi bila keluarga islam ini menetap di sweden..
Bagi saya, tanggungjawab ibubapa memukul anak sekiranya masih tak reti-reti nak solat, malas baca al-quran ke adalah satu tindakan yg betul dalam membentuk asas agama pada anak2...saya yakin anak2 yg kena pukul tu takde pun ada lebam ke, bunyi mcm kes kena dera je...ingatlah wahai pembaca, zaman sekarang adalah akhir zaman di mana sudah ada pengikut dajjal yang ingin menjatuhkan islam...sudah terlalu banyak bukti nya...zaman di mana menda haram menjadi halal...menda yang sepatutnya di laksanakan tetapi menjadi sesuatu yg salah..ingatlah, Allah Maha Besar...
March 1, 2014 at 11:24 AM
Post a Comment