Berita ini disahkan oleh Celcom di dalam satu kenyataan media.
Celcom berkata isteri Mohamed Ramli Abbas , Datin Biby Nazli Mohd Hassim bersama dua anak perempuannya Maria Mohamed Ramli Yunus dan Dina Mohamed Ramli Yunus, berada di dalam pesawat tersebut.
“Sehubungan dengan berita ini, kami memohon semua warga Celcom untuk terus berdoa agar ahli keluarga, rakan-rakan, penumpang serta krew pesawat MH370 berda di dalam keadaan selamat dan dilindungi oleh Allah SWT,” kata kenyataan itu.
MAS sedang sedaya upaya cari kehilangan MH370
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Malaysia Airlines (MAS) sedang berusaha sedaya upaya untuk mengesan pesawatnya yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing berdasarkan kedudukan terakhir yang dimaklumkan sebelum ia terputus hubungan radar.
Eksekutif Perhubungan Media dan Komunikasi Strategik MAS Malini Saudranrajan berkata kedudukan terakhir pesawat yang diketahui ialah 065515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur (latitud).
“Malaysia Airlines masih tidak dapat dapat menghubungi atau menentukan kedudukan pesawat penerbangan MH370,” katanya dalam satu kenyataan.
777 a.tifBeliau berkata MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memberi jaminan semua sumber telah digunakan untuk membantu dalam gerakan mencari dan menyelamat.
“Tumpuan kita sekarang ialah bekerjasama dengan pihak berkuasa kecemasan dan mengerahkan sokongan penuh kami,” kata beliau.
Malini berkata senarai penumpang tidak akan dikeluarkan sehingga semua keluarga penumpang telah dimaklumkan.
Pesawat itu membawa 239 penumpang, terdiri daripada 227 penumpang dua daripadanya bayi, dan 12 anak kapal.
Kenyataan itu juga memberi maklumat terkini berhubung kewarganegaraan penumpang pesawat berkenaan dengan menyatakan lima daripada penumpang adalah dari India bagi memperjelaskan kenyataan MAS sebelumnya.
Kekeliruan ini timbul berikutan kod negara yang digunakan Indonesia dan India.
Maklumat terkini berhubung kewarganegaraan penumpang meliputi 14 warganegara yang berbeza dan semua anak kapal adalah rakyat Malaysia.
Jumlah: 239
Penumpang: 227
Anak kapal: 12
1) China/Taiwan : 153 termasuk seorang bayi/1
2) Malaysia : 38
3) India : Lima
4) Indonesia : Tujuh
5) Australia : Enam
6) Perancis : Empat
7) Amerika Syarikat: Tiga termasuk seorang bayi
8) New Zealand : Dua
9) Ukraine : Dua
10) Kanada : Dua
11) Rusia : Seorang
12) Itali : Seorang
13) Belanda : Seorang
14) Austria : Seorang
Malini juga berkata MAS telah menghantar pasukan ‘Go Team’ terdiri dari para sukarelawan ke Beijing, untuk membantu anggota keluarga penumpang.
Beliau berkata syarikat penerbangan itu akan memberi maklumat terkini tentang perkembangan itu dari semasa ke semasa.
Oleh kerana ada banyak laporan yang bercanggah dalam media, syarikat penerbangan itu meminta pihak media dan orang ramai supaya mendapatkan laporan daripada kenyataan rasmi hanya daripada Malaysia Airlines dan kerajaan Malaysia,kata beliau.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment