Menterinya Khairy Jamaludin berkata, untuk tujuan itu, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri dan agensi lain kerajaan.
“Kami akan mengkaji setiap aspek penganjuran agar konsert dalam negara pada masa depan bebas daripada gejala penyalahgunaan dadah dan maksiat.
“Kita tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja dengan potensi untuk berulang,” katanya.
Bernama melaporkan, enam maut dan 14 individu dirawat di hospital dipercayai akibat dadah ketika menghadiri konsert Festival Future Music Asia 2014 yang berlangsung pada 13-15 Mac.
Polis dilapor menahan 29 individu pelbagai warga yang disyaki terlibat dalam kegiatan dadah di konsert berkenaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment