Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan Norbaiyah Baharudin berkata, konsert anjuran kerajaan negeri dan Jabatan Penyiaran negeri itu untuk memartabatkan lagu-lagu rakyat Negeri Sembilan yang akan dipersembahkan oleh pemuzik daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
"Bagi memeriahkan lagi konsert ini, sebuah lagu yang dicipta khas untuk Tuanku Muhriz oleh Dekan Fakulti Muzik Aswara bertajuk 'Nogori' akan didendangkan khas oleh penyanyi Aswara," katanya di sini.
Konsert itu yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu alunan muzik klasik dan moden yang menggunakan alatan muzik tradisional akan dipimpin oleh dua konduktor iaitu Ramlan Mohd Imam dan Roslan Mohd Imam.
Katanya Tuanku Muhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud dijangka berangkat menyaksikan konsert itu yang bermula pada 8.30 malam.
Katanya lebih 800 tetamu jemputan termasuklah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dijangka turut menghadiri konsert yang pertama kali diadakan itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment