ONEXOX
BannerFans.com

MH370 – Kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan hanya berdasarkan andaian??

on Thursday, March 27, 2014

‘Hebat!!’ Kenyataan dari Timbalan Menteri Pertahanan hanya berdasarkan andaian!! Bukan calang-calang andaian, andaian dari Timbalan Menteri Pertahanan.

Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini menarik balik kenyataan beliau di Parlimen semalam bahawa pesawat MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan dengan menyatakan ia hanyalah andaian beliau.

Beliau menjelaskan kenyataannya hanyalah andaian berdasarkan kemungkinan yang berlaku apabila persoalan mengapa tiada tindakan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila mendapati pesawat tersebut berpatah balik.



“Jawapan saya pada sesi Parlimen semalam menyatakan pesawat MH370 berpatah balik berkemungkinan setelah menerima arahan daripada pusat kawalan hanyalah andaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini dipetik The Malaysian Insider.

Beliau juga mengakui setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati andaian tersebut adalah salah sama sekali.

Semalam, Abdul Rahim berkata Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat tidak dikenali di radar ‎tentera berpatah balik kerana menyangka mendapat arahan dari pusat kawalan.

“Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan-U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan.

“Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac,” katanya ketika membuat penggulungan perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen.





Malaysia dikritik teruk selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan, lapor The Malaysian Insider.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved