Lebih dua minggu tragedi kehilangan pesawat ini berlaku, Normah tidak pernah berbual bersama pihak media sehinggalah baru-baru ini, beliau mendapat semangat untuk berkongsi suka-dukanya.
Kini, beliau semakin redha dengan segala ketentuan jika keadaan berlaku sebaliknya.
“Saya tetap merasakan dia masih selamat dan akan balik dalam apa keadaan sekalipun. Selama 16 hari saya tidak bermimpi tentang anak saya. Sebab inilah naluri saya mengatakan bahawa dia akan balik.
“Tetapi jika ditakdirkan sebaliknya, saya redha dan pasrah kerana semua ini adalah ujian dari Tuhan dan Tuhan memilih saya. Ya, memang ujian ini amat berat tetapi saya tidak boleh menolak takdir,” kata Normah.
Selepas hampir dua minggu menetap di Hotel Everly, Putrajaya kini beliau lebih tenang apabila pulang ke kampung halaman.
Normah pada masa sama menghargai bantuan dihulurkan pihak terlibat, terutamanya dari segi kaunselor yang banyak membantu memulihkan semangat beliau.
Normah pulang ke Bera, Pahang selepas lebih 10 hari berada di Putrajaya.
Menurutnya, pihak Penerbangan Malaysia MAS sentiasa mengemas kini perkembangan semasa, sekurang-kurangnya tiga kali sehari bagi memastikan beliau tidak ketinggalan sebarang maklumat.
Pada 8 Mac lalu, pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment