Dia bersyukur kerana pendarahan berterusan di leher dan kepala isterinya akibat serang beruang itu berjaya dihentikan doktor dengan mengenakan lebih 30 jahitan pada bahagian terkoyak itu.
“Pernah sekali alat penyembur racun saya hancur dan terdapat beberapa kesan cakar dan taring ketika saya dan isteri baru menanam anak pokok getah di ladang ini sembilan tahun lalu.
“Waktu itu saya tidak tahu haiwan apa yang menyebabkan alat penyembur racun saya musnah sebegitu rupa,” katanya ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Akhirnya persoalan yang bermain di fikiran sejak sembilan tahun itu terjawab selepas beruang itu menyerang isteri.
“Bayangkan jika saya tiada ketika kejadian itu, tidak tahulah apa nasib isteri, mungkin dijadikan makanan haiwan buas itu,” tambahnya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment