ONEXOX
BannerFans.com

Teresa Kok buat laporan polis

on Sunday, March 9, 2014

Hari ini saya buat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling berkenaan satu posting dalam facebook yang telah luas disebarkan dalam media sosial yang mendakwa saya berkata: “Siapa boleh menafikan kalau saya kata kejadian pesawat MH370 yang hilang itu didalangi oleh pengganas Muslim. --- YB TERESA KOK, Ahli Parlimen Seputeh”



Laporan polis adalah seperti berikut:

“Pada pagi ini, saya diberitahu bahawa terdapat posting yang mempunyai gambar dan nama saya disebarkan secara luasnya di media sosial dengan ayat-ayat berikut: “Siapa boleh menafikan kalau saya kata kejadian pesawat MH370 yang hilang itu didalangi oleh pengganas Muslim. --- YB TERESA KOK, Ahli Parlimen Seputeh”

Mengikut siasatan yang dilakukan oleh rakan saya, post ini disyaki dimulakan daripada facebook "Kami Sokong DAP Diharamkan Seumur Hidup". Ia kemudian disalin dan disiarkan dalam banyak laman facebook, termasuk:

http://azmyawangklanajaya.blogspot.com/2014/03/pray4mh370-benarkah-teresa-tuduh.html

https://www.facebook.com/redzuanj 

Selain itu, posting tersebut juga disebarkan oleh pihak-pihak tertentu melalui tweeter.

Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan terhadap kehilangan pesawat MH370 sejak berita ini dilaporkan dalam media.

Posting yang mengandungi kenyataan palsu dan pembohongan tersebut telah mencaci imej saya sebagai wakil rakyat dan mendatangkan kritikan terhadap saya. 

Saya ingin minta polis menyiasat kes dengan seriusnya.

Sekian.”

Saya berharap anda dapat kongsikan/share laporan polis saya dalam facebook anda demi menjelaskan tuduhan palsu dan tuduhan liar terhadap saya. Terima kasih.





Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved