Beri peluang muka baru

on Sunday, April 6, 2014

Kuala Lumpur: “Sendiri mahu ingatlah dan tolonglah nilai kemampuan sendiri. Jika rasa tidak mampu memikul tanggungjawab, jangan bertanding kerana ia hanya buang masa.”

Itu luahan dilontarkan kumpulan penyokong tegar bola sepak negara ‘Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ)’ kepada calon yang akan bertanding pada pemilihan Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-50 bagi penggal 2014-2018, 25 Mei ini.



Mereka turut meminta Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah tidak bertanding dengan memberi laluan kepada muka baru yang lebih berani serta memiliki visi memartabatkan kembali bola sepak negara di peta dunia.

Jurucakapnya, Al Fadli Awaludin berkata demikian selepas dilaporkan kemungkinan besar Sultan Ahmad Shah bakal mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 1984 pada pemilihan kongres kali ini.





“Sudah lama presiden sekarang memimpin FAM. Semakin lama bola sepak negara kita semakin teruk dan parah. Bagilah peluang kepada muka baru pula.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved