ONEXOX
BannerFans.com

Cara Kesan CCTV HARAM Dalam Tandas Awam

on Sunday, April 13, 2014

Kebelakangan ini banyak berlaku kejadian dimana individu gatal menyalahgunakan kemudahan CCTV yang berlambak dipasaran dengan memasangnya di tandas awam terutamanya wanita. Kebanyakkan CCTV tersebut menggunakan sistem wireless.

Kebaikan CCTV ni sudah tentulah untuk memantau sebarang perkara yang tidak baik dan kita dapat mengesan si pelaku andainya ia terjadi.



Seorang pengguna mendakwa telah menerima tips ini dari Pegawai Forensik bahagian video dan audio, jadi ianya boleh dipercayai 99.9%. Cara untuk kesan CCTV tersembunyi ni, hanya ikut beberapa langkah di bawah;

1) Sebelum masuk tandas. Sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth.

2) Turn ON bluetooth dan search devices yang ada. Kalau korang tak reti nak cari devices macam mana, korang buat-buat la nak send gambar atau lagu. Kemudian korang tekan via bluetooth, pastu boleh nampak devices yang ada.

3) Kalau jumpa devices yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang korang rasa sangat pelik bunyinya. Sebaiknya batalkan hajat korang tue je kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV.

Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone??…Sebabnya CCTV yang dipasang di tempat-tempat rahsia ni ialah jenis tanpa wayar yang digunakan secara ber’bluetooth’ seperti kes Nasha Aziz dulu. Yang manual dah tentu akan nampak wayarnya yang berselerak. Senang la orang boleh kesan dan terbantutlah projek jahat diorang, tambah pula tandas awam.

Sumber











PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved