Felixia Yeap: Apa maksud "Saya Hanya Tunggu Hidayah"?

on Saturday, April 5, 2014

Semenjak model jelita 28 tahun yang pernah beraksi untuk majalah Playboy mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung miski pun dia bukan Islam dia menjadi liputan media, malah media sosial juga turut membuat ulasan.

Hampir setiap pergerakan Felixia telah menjadi buruan media kerana penukaran imej ini masih kekal bukan bersifat sementara sahaja.

Bila ditanya tentang memeluk Islam. Felixia menjawab dengan penuh ikhlas “Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah”



Kata-kata Felixia Yeap menunggu hidayah menjadi tanda tanya adakah dia menunggu seseorang untuk membimbingnya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang Islam. Setakat ini belum ada jawapan yang sahih.

“Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah,” katanya.

Bagaimana hidayah akan sampai kepada Felixia, kita sama-sama tunggu dan lihat. Melainkan ada yang berusaha mencepatkannya!

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved