(Foto) Lima pelajar UIAM parah bas terbalik

on Sunday, April 27, 2014

Kuala Lumpur: Lima pelajar dilaporkan parah apabila sebuah bas yang membawa 30 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terbabas dan terbalik di Kilometer 25 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke selatan kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Difahamkan, kumpulan pelajar berkenaan terdiri daripada 16 pelajar lelaki dan 14 perempuan dalam perjalanan ke Bukit Cerakah bagi menyertai program sehari yang dianjurkan Kelab Fasilitator Pelajar (STUFF).




Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas berkenaan melanggar kon penanda yang diletakkan di laluan itu bagi kerja penyelenggaraan menyebabkan ia hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik di tapak pembinaan terbabit.
 
Pelajar lain cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan jam 9.42 pagi dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum operasi tamat sejam kemudian.

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved