Isu cerai: Fiza salahkan instagram, peminat

on Monday, April 28, 2014

Bunyinya memang kecil, namun itulah hakikatnya jika sudah tiada jodoh. Hanya kerana Instagram, sebuah keluarga yang dibina berlandaskan 'cinta' akhirnya musnah di tengah jalan.



Itulah hakikat sebenar penceraian antara Fiza Elite atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, dengan Adam AF2.Semuanya bermula apabila pengikut Instagram miliknya mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosialnya dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian"Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

"Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah.Instagram Adam yang didakwa tanpa gambar Fiza

Instagram Fiza yang didakwa tanpa gambar Adam




"Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami," Kata Fiza yang menganggap keputusan bercerai adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan Adam.Tambah Fiza, hubungannya dengan Adam mula goyah sejak empat bulan lalu namun dia menafikan khabar angin kononnya masalah itu berpunca kerana Adam tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.Dia juga menafikan ada pihak ketiga yang membuatkan hubungan antara mereka retak.

"Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai menjalani pembedahan pintasan di IJN (Institut Jantung Negara)."Macam-macam spekulasi yang timbul dan apabila ada pihak mengatakan saya minta cerai kerana Adam tidak ada duit, itu mengarut.

Isu itu timbul apabila ada masalah bayaran antara saya dan hospital. Sedangkan ketika itu, Adam turut membantu menghulurkan wang agar ayah saya dapat menjalani pembedahan dengan segera," ujarnya dipetik sebagai berkata."Keputusan cerai itu dibuat atas persetujuan bersama dan saya tidak menolak sekiranya kami disatukan semula sekiranya masih lagi ada jodoh," katanya dengan nada sedih.

Fiza berkata demikian ketika ditemui media selepas perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selangor, semalam.Dalam kes permohonan cerai tersebut, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fiza dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi. Lafaz itu dibuat kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved