'Jangan kucar-kacirkan rakyat NS'

on Friday, April 4, 2014

REMBAU – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak tanpa mengira latar belakang dan agama yang berniat mengucar-ngacirkan kesejahteraan masyarakat di negeri ini.

Menurutnya, beliau tidak akan membiarkan sebarang usaha menggugat ketenteraman masyarakat termasuk jika benar dakwaan yang tersebar dalam laman sosial, seorang paderi Melayu datang dari Singapura ke negeri ini menggunakan sihir menerusi air mineral.



“Saya nak bagi tahu dan nak bagi amaran keras kepada mana-mana individu yang datang ke Negeri Sembilan untuk tidak berniat mengganggu ketenteraman masyarakat di sini. Bukan hanya paderi, bahkan jika ada orang Islam yang berniat menimbulkan keadaan kucar- kacir juga saya akan ambil tindakan tegas.

"Saya bukan hanya tahan tapi saya akan tangkap individu berkenaan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains)  memandang serius mengenai penyebaran di laman sosial berkenaan dan tidak akan bertolak-ansur sekiranya ia benar-benar berlaku di negeri ini.





“Kalau datang ke negeri ini nak buat perkara macam ini, saya akan tangkap mereka. Jangan main-main,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Rumah Contoh Projek Rimbunan Kaseh Mukim Batu Hampar Daerah Rembau, dekat sini, semalam.

Pada program berkenaan, sebuah rumah contoh bagi 100 unit kediaman dilancarkan di bawah projek bagi masyarakat luar bandar melalui kerjasama antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan Iris Corporation.

Turut hadir, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan Pengarah Urusan Iris Corporation, Datuk Tan Say Jim.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved